Thursday 8 October 2015

Mimpi aneh semasa hamil

Assalamualaikum..


Mimpi aneh semasa hamil, normal atau sebaliknya...

Ni pengalaman pertama ciklin mengandung jadi agak nebes bila selalu sangat mimpi pelik2 ni. Ciklin lin ni bukan la jenis yang senang mimpi sebab ciklin jenis yang tido lena..
memang langsung tak kisah if bunyi2 ke ape ke..
so mungkin dari faktor itu kalau mimpi pun tak sedar sebab lepas mimpi sambung tido balik.


Tapi sejak mengandung ni ciklin selalu mimpi...
bukan mimpi yang macam biasa tu..
ni mimpi yang kita boleh rasa bila terjaga dari tido pun.


antara mimpi yang paling menakutkan ialah kena serang dengan biawak...
tak ke seram tu..biawak kot..
siap meronta2 minta dilepaskan...dan rupa2nya memang secara fizikalnya juga ciklin sedang bergelut
sampaikan en.suami kejutkan ciklin dan minta bangun dan minum air.

semalam sekali ciklin mimpi pelik dan menakutkan...
ciklin mimpi tangan macam cerita adams family tu tarik ciklin sampai hampir2 jatuh gaung..
dan keadaan ciklin tetap sama meronta2 minta tolong..
tapi kali ni en.suami kejutkan ciklin sambil ketawa
hampeh kan...
dia kata kali ni ciklin lebih meronta dan siap berlawan dengan en.suami yang sedang cuba kejutkan ciklin tu..
adehhh....


bila tanya en.google dan terbaca dekat blog2 diorang kata itu normal
sebab sepanjang mengandung ni badan terlalu penat,
jadi percampuran emosi
itu yang menyebabkan ibu2 mengandung ni lebih mudah mimpi pelik2 dan ingat.


nak kata ciklin merayap merata atau badan kotor, rasanya tak de
sebab dekat opis je pun..lunch pun kadang2 tak lalu nak keluar
sebelum tido pula samaada ciklin terus tdo lepas solat insya atau if tdo agak lambat
ciklin confirm akan mandi dulu...mandi2 manja je..
basahkan badan dengan air suam supaya dapat tdo  lebih lena gitu...




ini lah rupe tangan yang menarik ciklin tu...
sedangkan ciklin langsung tak pernah tengok cerita ni..dan langsung tak pernah tahu tentang kewujudan cerita ni..
bila cerita dekat en.suami dan budak2 opis semua pakat cakap...tangan macam cerita adams family ke?
so terpaksa la ciklin tanya en.google lagi..hehehe




No comments: