Monday 19 October 2015

Mengurut dengan bidan VS larangan doktor

Assalamualaikum..

Pernah tertanya2 adakah ibu mengandung boleh mengurut?
ciklin pun tertanya2 sebab ni kan 1st time mengandung
jadi agak banyak perkara yang ciklin tak tahu
maklum lah jauh dari mak..
dekat dengan mertua tapi malu la pula..hikhikhik

So sepanjang kehamilan ciklin just pernah mengurut sekali je
itu pun sebab baby H tersepit
kata bidan tu la
tersepit macamana?
ciklin pun tak tau..
tapi sepanjang awal mengandung tu ciklin rasa sakit dekat ari2 sebelah kiri
so lepas makcik bidan tu betulkan alhamdulillah dah tak pernah sakit

Tapi lain pula cerita bila baby H tak mau pusing
macam ciklin cerita sebelum ni
kata doktor baby H sepatutnya dah berpusing ke bawah untuk persediaan melihat dunia luar..gitu

Doktor yang memantau ciklin sepanjang kehamilan ni memang tak bagi ciklin mengurut
bahaya katanya
tapi mak dan mertua kan orang tua2
so diorang memang minta ciklin berusaha dengan bidan

Dalam kerisauan ciklin tetap turutkan juga untuk cari bidan untuk cuba bantu untuk pusing baby H
last ciklin buat keputusan untuk ambek mak bidan yang urut ciklin masa 4 bulan hari tu

So sekarang tengah nebes
sebab esok ade check up dengan doktor untuk tengok sama ada baby H dah pusing ke belum

Disini ciklin share ape info yang ciklin jumpa dekat google tentang kebaikan mengurut dan keburukan.

Kelebihan Berurut semasa mengandung


  • Urutan semasa mengandung dapat memberikan si ibu keselesaan dan kesegaran. Semasa mengandung urat2 kita akan menjadi tegang oleh itu bila diurut ketegangan urat itu dapat di kurangkan.
  • Urutan semasa mengandung juga dapat mengurangkan masalah bengkak
  • Urutan juga dapat melegakan sakit pinggang yang dialami oleh hampir setiap ibu2 mangandung.

Keburukan Berurut semasa mengandung



  • Boleh menyebabkan keguguran jika kandungan kurang dari 12minggu
  • Boleh mangakibatka trauma kepada uri dan mnyebabkan ia menjadi lemah

Pekara yang harus dititik beratkan sebelum berurut

  • Pastikan kandungan sudah melebihi 12 minggu atau sudah memasuki trimester kedua
  • Pastikan bahagian abdomen tidak diurut secara keras atau kasar
  • Elakkan bersauna atau mandian kolam air panas

Memang la doktor melarang kita berurut kan
sebab diorang bimbang keadaan baby dalam kandungan
tapi sekiranya kita mencari bidan yang berpengalaman insya allah..


berdebar untuk esok 20hb Oct 2015
detik dimana penentu sama ada ciklin bersalin normal atau Czer.
doakan untuk ciklin ye teman2

No comments: