Wednesday 23 September 2015

Air ketuban leaking di minggu ke 32

Assalamualaikum...

Salam AidilAdha....

Minggu ni ciklin dah masuk 32 minggu atau 8 bulan, alhamdulillah terasa cepat sangat masa berlalu. Bila fikir2 balik terasa macam belum puas gendong sikecik ni dalam perut ke sana kesini.

Semalam terjadi satu kejadian yang agak mencemaskan dimana masa drive nak balik rumah terasa fake contraction, pastu dapat rasa ade air suam mengalir. Balik rumah ciklin masih cool, just tukar underwear, then selang 30 minit camtu terasa basah lagi. En.Suami dah cuak call maknye...dan mak mertua ciklin memang suruh pergi hospital check. Tapi macam biasa ciklin kan cool (cool yang tak bertempat) and still nak tunggu sampai esok harinya. Alhamdulillah pagi ni dah tak de leaking. dan mengharapkan baby kembali active sebab semalam memang dia kurang begerak.

Ade terbaca dekat en.google tentang leaking di minggu ke 32 ni ade kemungkinan lahir tak cukup bulan. But ciklin harap sikecik ni kuat dan lahir seperti yang dokter gtau.

Untuk hari raya korban kali ni ciklin tak balik aloq staq pun. Balik kampung en,suami je. Dengan keadaan sarat ni memang tak lalu nak hadap kesesakan berjam-jam. So tahun ni 1st time raya korban takde lembu..sebab kat spore banyak korban kamben je.

tapi walaubagaimana keadaan pun ciklin tetap ade 2 helai baju raya...hehehe. sempat la menjahit jubah untuk solat raya dan untuk majlis berkumpul bersama sedara2 sebelah en.suami.
Baju raya nanti ciklin tunjuk ok.

So, untuk yang balik kampung tak kira lah memandu ke,naik kapal air ke, naik kapal udara ke...yang penting berhati2 dan selamat berhari raya korban. makan lombu tu beringat ye jgn lobih2.

Salam dari anak perantauan
CIKLIN

Thursday 3 September 2015

Minyak Kelapa Dara - VCO semasa mengandung

hi semua.
Assalamualaikum....

Hari ni nak story tantang Minyak Kelapa Dara atau senangnya VCO. Kenapa pula nak story tantang VCO ni? sebab ciklin sendiri tak jelas sebenarnya apa sebenarnya VCO ni sampailah bila kandungan dah masuk 7 bulan ni makin ramai pula yang suruh ambek VCO sampai bersalin untuk memudahkan proses kelahiran nanti.

So ni cik lin sharekan info yang cik lin dapat di atas pertolongan en.Google.

APA ITU MINYAK KELAPA DARA?
  • Minyak Kelapa Dara adalah minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia dimana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli-aslinya. Berbanding dengan minyak kelapa biasa di mana haba dan kimia digunakan sewaktu memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah membawa kepada kemudaratan apabila manusia memakainya.
  • Pengambilan minyak kelapada dara  secara berterusan dan konsisten dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan anda.
MANFAAT MINYAK KELAPA DARA UNTUK KESIHATAN
Kebaikan dan khasiat minyak kelapa dara untuk kecantikan luaran.
  • Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik.
  • Menghasilkan tenaga segera.
  • Jika disapu, ia membantu membentuk hambatan kimia pada kulit untuk mengurangkan infeksi, mencegah garis-garis halus.
  • Mengurangkan gejala psoriasis, eksim dan dermatitis.
  • Melembut dan mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit serta memberi perlindungan dari sinaran ultraviolet.
Kebaikan dan khasiat minyak kelapa dara untuk kesihatan dalaman.
  • Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.
  • Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin dan asid amino.
  • Melancarkan sekresi insulin dan pengaliran glukosa darah serta mengurangkan risiko diabetis.
  • Mengurangkan stress pada pankreas dan sistem-sistem enzim dalam tubuh.
  • Meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium untuk tulang dan gigi yang kuat. Ia juga melindungi diri dari serangan osteoperosis.
  • Mencegah risiko sakit jantung.
  • Mencegah atherosclerosis [pengerasan arteri akibat endapan lemak jahat] dan strok serta membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
Khasiat minyak kelapa dara untuk meningkatkan daya tahan tubuh antaranya

ialah:

  • Membantu fungsi sistem daya tahan pada tubuh melindungi tubuh dari kanser payudara, kanser colon dan kanser rahim.
  • Berfungsi sebagai antioksidan, mengurangkan radang kronis.
  • Melindungi tubuh dari radikal bebas yang meningkatkan tahap penuaan dan penyakit degeneratif.
  • Meredakan gejala-gejala yang dihubungkan dengan pembesaran prostate.
  • Mengurangkan tekanan epileptis dan membantu melindungi tubuh kita dari penyakit ginjal dan infeksi pundi kencing.
  • Membantu mencegah sakit hati [liver] dan memiliki kandungan kalori yang lebih rendah berbanding lemak-lemak yang lain.
Kebaikkan minyak kelapa dara dalam hubungan suami isteri
  • Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang (elastik).
  • Memperbaiki kandungan asid dalam rahim dan bertindak sebagai agen pelincir alami (natural).
  • Membunuh kulat, bakteria dan virus atau sakit kulit pada kemaluan (keputihan).
  • Amat baik bagi mengatasi masalah monopos wanita.
Minyak kelapa dara juga mempunyai kebaikan untuk membunuh virus yang menyebabkan :
  • Mononucleosis
  • Influenza
  • Hepatitis C
  • Cacar air
  • Herpes
Membunuh bakteria yang menyebabkan:
  • Pneumonia
  • Sakit telinga
  • Infeksi kerongkong
  • Gigi berlubang
  • Keracunan makanan
  • Infeksi saluran kencing
  • Meningitis
  • Gonorrhea.
Membunuh kulat yang menyebabkan:
  • Candida
  • Jock itch
  • Kadas dan infeksi lain
  • Membunuh cacing pita
  • Lice
  • Giardia
  • Parasit.
Banyak kan khasiatnya. Kat Malaysia ni ade banyak VCO dengan bermacam2 jenama. cik lin just beli dekat aeon je, sebab niat asal dulu beli untuk sapu dekat perut.
 Cik lin dah mula ambek setiap pagi satu sudu besar, tapi bau dia macam kerisik tapi tak perasan pula rasanya mcm mana sebab laju je minum air suam pastu.
Ramai yang cakap bila ambek VCO ni akan memudahkan kita untuk bersalin. Minta2 mcm tu lah, sebab tu kita berusaha, selebihnya hanya allah yang tentukan