Monday 30 June 2014

diari ramadhan cikLin :::: Hari Pertama

Salam Ramadhan al-mubarak

Hari ni dah 2 hari kita berpuasa kan? cepat giler aku rasa, baru je feeling2 nak tulis blog counting or wish selamat berpuasa, tau2 dah 2 hari pun puasa..hihihi ayat nak cover diri sebab malas kan ciklin

Untuk tahun ni macam tahun2 lepas lah juga, bersahur dan berbuka sesorang. Tapi xpe sementara single ni enjoy la btl2 kan moment hari pertama berbuka makan nasi putih + ikan bilis goreng minyak letak bawang n cili padi banyak2 + air rebina. Ni bukan kes tak de duit ke hape, tapi ni kes malas yang maha sgt2...sampaikan rasa nak pegi param pun malas, malas nak berasak2 beratur membeli lauk bagai..then bila time berbuka phuuuiii rasa nan hado- walaupun bukan semua masak tak sedap tapi ciklin dah terkena banyak kali puasa yg lepas. So nak selamat, masak sendiri walaupun simple nak mampos tapi biarlah sebab hati tak sakit.

Tapi untuk sahur semalam best lah juga sebab tahun ni ciklin ade housemate so sempat lah bersahur bersama. laju lah sikit makan nasi tu...kalo tidak ciklin menghadap dinding je lah. Time berbuka je tak sempat nak reramai, diorang en.kesayangan masing2 dekat tak pe lah....ciklin ni dah lah dipisahkan sejauh 316km dan dipisahkan dengan selat melaka lagi so hanya mampu berbuka dengan sorang2 dekat rumah je lah. Nak berbuka dengan mak pun jarak juga yang menjadi penghalang.

Cerita puasa hari pertama ciklin simple camni jelah, tahun depan insyaallah dah berdua mungkin akan lebih menarik lah...weekend boleh balik rumah mertua..berbuka ramai2..ohhh, mood berangan kau boleh tahan jugakan ciklin.

Cerita berbuka day 2 ni tak fikir lagi nak makan ape ni....tak sabar nak balik je dulu....ok lah selamat berpuasa dan selamat berbuka ye semua

ByE.
CikLin




Friday 13 June 2014

Rumah teres 2 tingkat dari RM550k- Puncak Bestari Puncak Alam

*Iklan projek baru *

Salam semua

Hari ni ciklin nak share info sikit.
Kepada yang tinggal area KL,Sg. Buloh, Shah Alam, Klang dan kepada yang mencari property sama ada untuk tinggal atau invest ini adalah peluang keemasan untuk anda. Kawasan ni berdekatan dengan UiTM Puncak Alam yang tak lama lagi akan menjadi kampus utama.

Company ciklin ade buat pre-launching product baru, teres 2 tingkat harga bermula RM550k. Rumah ni agak besar dan memang cantik. Lot saiz dia 24x70


untuk maklumat lanjut boleh lah call direct line tu dan minta cakap ngan ciklin.Ciklin akan bagi info yang lebih lengkap, cepat2 garb peluang ni sebab harga rumah ni akan naik lepas launcing nanti..sekarang harga still harga pre-launching

So, tunggu ape lagi jom call dan rebut unit yang tinggal

Monday 19 May 2014

Pekara-pekara yang boleh menjejaskan perhubungan

salam semua,

Dalam hubungan, kadang2 kesilapan-kesilapan kecil boleh menjadi sebesar-besarnya. Ini bukan bermaksud kita tidak lagi mempunyai persamaan atau persefahaman tapi pekara-pekara ni wujud kerana setiap pihak try so hard untuk buktikan mereka boleh lakukan yang terbaik untuk hubungan itu.

So, dekat sini ciklin ni nak la share pekara-pekara yang perlu di hindari dalam hubungan.


1. Bercinta kerana simpati / kasihan 


    Cinta perlu hadir dari hati, sekiranya kita mencintai pasangan kerana simpati insyaallah hubungan itu               tidak akan kemana. Kamu tidak akan nampak seperti dewa/dewi bila sangup korbankan diri demi                 nak nampak baik bila kamu menerima pasangan kamu kerana simpati .
    Cinta itu perlukan ketelusan,keikhlasan dan keselesaan bersama. bukan hanya dari satu pihak.

    Kesan - yang bersimpati akan penat, dan yang disimpatikan tu pun akan penat,makanya hubungan tu                          akan berakhir macam tu je

     Penyelesaian - Perlu tanya hati, sejauh mana rasa simpati tu. selesaikan sebelum terlambat

   
2. Tidak ingin kalahkan sidia

   Ini satu lagi masalah yang bukan sahaja pasangan lain lalui, mungkin ciklin pun lalui secara langsung                atau tidak langsung. Perasaan terlalui ingin menjaga hati pasangan atas alasan takut untuk kehilangan.              Ingat, lebih baik hilang sekarang dari hilang bila kita dah libatkan banyak hati dan jiwa lain.

   Kesan - kita akan berasa penat kerana akan timbul perasaan tidak dihargai, kononnya kita dah terlalu                         banyak mengalah tapi pasangan masih belum berubah.

   Penyelesaian - jangan la mengalah mengkhinzir buta. Bawa berbincang. Tapi ingat!! bukan cari siapa                                    salah tau, tapi cari dekat mana puncanya dan kalau keadaan masih tegang just tutup                                       lah kes tu dulu nanti dah ada peluang blast lah balik...hihihi


3. Cemburu yang keterlaluan

    Sikap cemburu ini memang wujud bila kita sayangkan seseorang dan rasa dia hanya milik kita, tapi diknon     ooii jagan lah sampai orang tu nak bergerak sikit pun kamu dah fikir bukan2. Dalam hubungan kita kena       jadi lebih matang dalam mengawal emosi dan perasaan.

    Kesan - Pasangan akan merasakan dirinya tidak dipercayai dan rimas

   Penyelesaian - kawal cemburu, selidik dan berbincang...ingat matlamat perhubungan adalah hidup bersama                           jadi haruslah berbincang dalam apa jua masalah pun


4. Buat perbandingan hubungan sekarang dan hubungan lepas
 
    Setiap orang ada pengalaman lepas, tapi tak perlulah membandingkan atau menjadikan pengalaman lepas     sebagai benteng untuk kita cipta kenangan dan pengalaman baru bersama pasanagan baru.

    Kesan - Pasangan kita akan berasa kecik hati dan merasakan seperti tidak berguna

    Penyelesaian - jangan lah membanding2, kan tak elok...bercinta yang baru so terima lah yang baru. jangan                            sesekali cakap dah biasa or dah lali or dah takde rasa...sian pasangan kita tau makan hati                              je
    

5. Kritikan secara berterus

    Kritikan ni adalah musuh paling utama dalam hubungan so please jangan sesekali terus-terusan mengkritik     tanpa melihat apa yang ada pada diri kita sendiri. Dalam hubungan kita bukan mencari kesempurnaan tapi     kita membentuk kesempurnaan. 

    Kesan - pasangan akan hilang keyakinan diri dan merasakan diri useless.

    Penyelesaian - bimbing lah pasangan anda dengan penuh sabar, ingat kebahagiaan itu lebih indah andai                                  kita berusaha bersama2.
      


Cukup dulu dengan 5 point ni, kang banyak-banyak korangmuntah hijau pula, nanti2 ciklin share lagi info2 yang menarik ye..


ByE::
CikLin



Friday 16 May 2014

debaran bakal pengantin

salam...

Sekejap je dah masuk mei, dalam masa 5 bulan ni macam-macam terjadi yang bakal mengubah seluruh hidup aku. Dalam masa 5 bulan ni aku kenal seseorang dan akan bergelar suami kepada aku.

Pejam celik, tinggal lagi 8 bulan je lagi untuk aku buat persiapan....Berdebar kot!
So, jom kite semak ape yang patut buat sekiranya kita berada di peringkat aku skarang ni

8 - 6 BULAN SEBELUM


Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
  1. Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.-DONE-tak ikut adat sangat just follow yang wajib sajo! sebab majlis aku ni simple aje
  2. Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.- PENDING-masih diperingkat pening2 lalat sebab banyak lagi yang belum tahu jumlah sebenar
  3. Tentukan lokasi majlis perjahwinan dan menempahnya jika perlu-DONE-kat rumah je
  4. Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal. -DONE-dah lama buat sebagai buku rujukan gatai sgt nak kawen lah katakan
  5. Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda.-PENDING- sebab rasa macam nak minta BFF je makeup kan 
  6. Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya. -PENDING- sebab nak kena pindah Joho so masih belum boleh rancang sbb masih jauh
  7. Kenal pasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan.-DONE- akan berurusan dengan JAIK
  8. Menentukan tema warna/konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.-HALF DONE-
  9. Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya).-DONE-
Bagi pengantin lelaki:
  1. Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran. -DONE- settle by November

Setakat ni, ini je yang sempat fikir. fuhhh....bepeluh juga lah kan


ByE:
cikLin