Monday 12 October 2015

35 weeks ::: baby H masih belum pusing

Assalamualaikum..

Alhamdulillah kandungan ciklin dah masuk 35weeks.
baby H sehat dan berat juga normal...
syukur semuanya dipermudahkan....
cuma yang buat ciklin agak susah hati sekarang ialah baby H sgt suka kedudukan melintang

sepatutnya bila dah 35weeks ni kepala baby H dah kena ada dekat bawah
tapi apa yang berlaku, baby H masih lagi selesa dengan kedudukan melintang
ini disebabkan peurt ciklin terlalu padat untuk baby H
So baby H tak cukup ruang untuk berpusing
atau docter cakap tali pusatnya terlalu pendek dan sebab itu baby H tak selesa nak berpusing ke bawah




kedudukan baby H macam yg dalam gambar kanan sekali tu
kepalanya di kanan dan kakinya di kiri

hati siapa tak runsing bila memikirkan nak kena bedah
ni dah la pengalaman pertama mngandung
dan bakal berpantang sendirian pula tu
jadi ciklin agak stress memikirkan keadaan ni

sekarang ape yang mampu hanya berdoa dan terus berdoa
selain bercakap dengan baby H pujuk supaya turun ke kedudukan normal

hari ni ciklin try la tanya en.google,tgk youtube dan baca blog2
untuk cari maklumat
antara maklumat yang dapat dikongsikan ialah tip2 macam mana nak balikkan kedudukan baby

4 tip mudah untuk balikkan kedudukan bayi songsang

1- Solat hajat

Banyakkan solat hajat untuk memohon pertolongan agar kedudukan bayi ke kedudukan normal dan melahirkan dengan selamat.

2- Doa

Banyakkan berdoa agar semuanya selamat dan boleh juga mengamalkan doa ini


mana tau dengan izin allah babyi dalam kandungan ke kedudukan normal

3-  Bercakap dengan bayi

Banyakkan bercakap dan memujuk bayi anda untuk turun ke kedudukan normal. Pujuk supaya bayi anda menjadi anak yang baik dan berpusing pada kedudukan normal

4- Perbanyakkan sujud

Selain 3 langkah diatas, anda juga digalakkan untuk perbanyakkan kedudukan sujud. Amat digalakkan untuk berada dalam keadaan sujud lebih lama.dan muhon lah doa ketika sujud yang terakhir.


Ini semua bukan lah jaminan untuk bayi anda kembali ke kedudukan normal..
cuma kita sebagai umatnya hendaklah sentiasa
berusaha dan tertawakal dan redha serta yakin
dengan apa yang telah allah tetapkan

ciklin juga sedang berusaha dan akan terima kenyataan
sekiranya baby H tetap tak nak berpusing
mungkin ada hikmah yang terbaik sedang menanti ciklin

tapi ciklin tetap berharap baby H akan berpusing disaat2 akhir..
tolong doakan untuk ciklin ye...

No comments: