Monday 5 October 2015

Kek Pisang Kukus - mudah dan lembut

Assalamualaikum....


Hari Isnin selepas hari minggu...sangat lah best (pujuk hati sendiri ni)...
So mengahabis hari2 cuti di rumah sangat lah ohsemm...Hari sabtu dekat rumah ciklin ade pasar tani, so gigih lah en.suami dan puan isteri ni bangun awal dan berjalan ke pasar tani...berjalan kaki hokehh..konon2 nak mudahkan bersalin kena la banyak berjalan. Masa pergi best la, sejuk..nyaman yang tak seberapa sebab IPU dekat Larkin ni agak tinggi. Dah sampai pasar tani ciklin dah jadi tak keruan..eh...bukan sebab sakin nak beranak. tapi sebab nampak macam2 jenis buah2 dan sayur2 kampung. Tapi tak beli pun sbb tak plan nak masak sayur2 kampung untuk minggu ni. Last2 ciklin beli pisang masak dan bahan2 nak buat mee kari je sbb en.suami mengidam nak makan mee kari.

So meh ciklin share resepi mudah untuk kek pisang yang mudah, tak payah nak keluarkan mixer bagai, just pakai blender je ( basuh la dulu ye sampai hilang bau dan rasa cili dan bawang tu)


Bahan untuk kek pisang mudah :

7 biji pisang berangan @ 11 biji pisang emas (pastikan masak ranum ye..baru manis)
1 cawan minyak jagung / masak
1 cawan gula putih
3 biji telur ayam
2 sudu teh sodabikabonat
2 sudu teh esen vanila
2 cawan tepung

Cara2nya :

masukkan semua bahan kecuali tepung dan sodabikabonat ke dalam pengisar dan kisar sampai kembang..ciklin mesin sampai semua pisang halus dan warna bertukar jadi cerah sikit.

masukkan tepung dan sodabikabonat dalam bekas dan kacau bersama bahan2 yang dikisar tadi sehingga sebati dan pastikan adunan tak berketul dan kemudia masukkan ke dalam loyang atau bekas kecik2 ikut ke rajinan masing2.

sekiranya pakai loyang besar mcm ciklin tu kukus dalam 45 minit - 1 jam.
kalau pakai bekas kecik2 kukus la dalam 45 minit.
cucuk dengan lidi atau garfu untuk tengok dah masak ke belum. kalau ada tepung yang masih melekat tu maksudnya belum masak.sekiranya tak ada yang melekat itu makna nya dah masak.

dah masak boleh le makan bila sejuk..tapi ciklin lagi suka makan kek panas2 sedap sangat.hehehe
So ni lah rupa kek pisang ciklin. Tak sempat nak edit2, biar tak de rupa janji sedap.



 ni rupa masa siap masak.

so dah buat banyak bawa la ke opis untuk dikongsi bersama kawan2 untuk



Maaflah kalau penggunaan bahasa tak macam chef...hihihi

2 comments:

NabilaHasyim said...

wow, kembang elok ye..
saya pun peminat kek pisang..
hari tu cuba resepi Kak Ita Masam Manis, bakar punya..
nanti nak try versi kukus pula..

*tp jenis saya juga kek tak pernah kembang gebu macam orang buat..selalu flat je, huhu

Bawangputehdotcom said...

try guna sukatan ni insya allah jadi molek..hehe