Friday 26 June 2015

19 weeks:::: Today

Assalamualaikum...

Alhamdulillah kandungan dah masuk 19weeks, fasa morning sickness dah lama habis actually cuma bila masuk bulan puasa ni perut berangin, so bila bersahur tu kadang2 muntah.

Esok ade 2nd checkup. Sepatutnya 2 minggu lepas tapi disebabkan dr.Rohaini bercuti so diorang postpone ke minggu lepas, ngam pula baru puasa kan minggu lepas jadi tenaga tu mcm kurang jadi Ciklin minta minggu ni iaitu esok. 

Tulisan dokter memang tak faham la kan..hehehe doktor je bleh faham.Hebat btl

So sedikit berdebar sbb esok kena ambek darah n urine test. 1st checkup dr.Rohaini cakap nanti dh masuk 5 bulan if ade rezeki dapr lah tengok boboi ke gegurl.
Hope sangat esok ade rezeki dan dah nampak, senang sikit mak nya ni nak membeli baju. Kang dibelinya bebunga cinta tengok2 boboi...di belinya truck bagai tup..tup gegurl pula.

Memandangkan dekat spore akan ade baby showcase dan barang2 dia walaupun di covert tetap murah so mmg nak kena tahu jantina sbb nak mula membeli barang2 baby dah.

Oh.baru je rasanya mengadu teringin nak makan udang masak belimbing buluh, tapi hari tu kan cari tapi pokok yang dekat rumah mertua tu dah takde musim. Tiba2 hari ni budak sufi budak opis Ciklin bawakan belimbing buluh. 


Walaupun dapat serangkai camtu je, itu pun dah sangat membuatkan Ciklin teruja, rasa mcm nak cepat je pukul 5..nak balik masak udang masak cili api dengan belimbing buluh..perghhh kecur air liur wehhh....


Wednesday 24 June 2015

Seminggu berlalu.....

Assalamualaikum...

Pejam celik..pejam celik dah 7 hari kite berpuasa. Alhamdulillah mak buyung ni masih mampu meneruskan puasa. Baby je lebih active bila lapar ni, agaknya cuba menunjukkan protes kelaparan..hehehe

So far sejak mengandung ni Ciklin memang ada masalah untuk makan luar, ada je tak kena tekak. Semua yang teringin nak kena masak sendiri kecuali mngidam nasi kandar vangey dekat ipoh dan nasi kandar yasmin dekat kampung halaman iaitu aloq staq. yang lain2 takde pula teringin yang tersangat.

Tapi bila sejak ramadhan ni, Ciklin tak lalu makan nasi. Tengok nasi pun takde selere. Risau juga baby tak cukup zat jadi terpaksa fikir menu2 yang dapat memberi zat yang cukup walaupun bukan nasi.

Ni tekak teringin nak makan puding kastard dgn buah-buahan dan laksa utara. Nak masak laksa dan buat puding tika hari bekerja ni memang hakak minta maap le...memang tak mampu, memandangkan cuaca sekarang sgt..sgt..sgt lah panas. Lembik je badan ni bila balik keje. Mana tak lembik perubahan suhu yang mendadak. Dekat opis sojukk..balik je rumah hambek kau..berbahang...jadi pendamkan dulu niat nak masak laksa tu. Dengan kereta masih di bengkel, rasa patah kaki ni tau bila si tengiling merah Ciklin tu takde.

Ok lah nanti2 if ade resepi menarik Ciklin share kat sini ye...

selamat berpuasa semua..

Monday 8 June 2015

Sporo merupakan igauan ngeri kepada kucing

Assalamualaikum..

Dulu Ciklin hanya selalu terjumpa artikel atau hanya dengar kisah2 dari pencinta kucing yang lain, tapi kini Ciklin nampak dan berada hampir dengan kucing yang di jangkiti Sporo atau nama penuhnya "Sporotrichosis"

Penyakit ni katanya berpunca dari tanah, if nak tahu lebih lanjut try tanya pakcik 'google'. dan kemudiannya berjangkit pada kawasan luka yang ada pada kucing.


Ni nama dia pak itam, kucing jiran Ciklin. Dulu masa pak itam ni cantik tuan dia selalu lah cakap yang pak itam ni cerdik,selalu minta peluk,suka nak ikut bila pegi jalan2 dan macam2 lagi lah...macam kucing dia lah paling cantik, kucing dia lah paling cerdik. Tapi bila si pak itam ni ni di jangkiti penyakit sporo ni dia boleh je campak dekat luar macam tu je.

Kalau ikutkan Ciklin laki bini memang nak je bawa pegi vet, tapi dengan keadaan Ciklin yang berbadan dua ni Ciklin risau penyakitnya berjangkit. sebab mengikut pembacaan Ciklin penyakit ni boleh menjangkiti kucing2 lain dan manusia juga.

So meh Ciklin share sikit apa yang Ciklin baca dari blog2 dan pakcik 'google'

Jenis2 sporotrichosis dan gejala jangkitan:

# Sporotrichosis pada kulit (cutaneous).

kerap berlaku di kepala, hidung dan ekor kucing.
- terdapat bengkakan (bumps) atau lesion pada kulit luar, serta kelenjar membengkak.
- lesion biasanya kelihatan seperti luka yang bernanah, ulcerative dan tidak sembuh.
- tidak menunjukkan perubahan dengan rawatan antibiotik
- kerap berlaku dikawasan yang pernah luka.
- terdapat juga bengkakan limfa atau lymphadenopathy.

Pada manusia, sporotrichosis lebih kerap terjadi di tangan, muka dan jari2 tangan. Ini kerap berlaku apabila kita bersentuhan dengan kucing yang menghidapi sporotrichosis, samada melalui direct contact dengan lelehan cecair dari lesion di kucing  tersebut atau melalui luka. 


# Disseminated sporotrichosis (sporotrichosis yang merebak ke seluruh sistem).

- jarang berlaku, terjadi apabila jangkitan awal merebak ke kawasan lain ie sekunder
- tanda2 sistemik seperti keletihan (malaise) dan demam
Osteoarticular sporotrichosis apabila jangkitan merebak ke tulang dan sendi
Sporotrichosis meningitis apabila jangkitan merebak ke otak dan sistem saraf
- kucing akan hilang selera makan (anorexia) dan hilang berat badan (cachexia)


# Pulmonary sporotrichosis.

- ini berlaku apabila spora fungus ini masuk ke dalam paru2 secara inhalasi
- kucing akan menunjukkan tanda2 pneumonia ie radang paru2


Bagaimana sporotrichosis di diagnos?

Diagnosis untuk sporotrichosis pada kucing boleh dilakukan dengan mudah. Ini kerana sejumlah besar fungus sporo ini berada didalam bendalir atau cecair pada lesion kulit, dan ianya boleh dilihat dibawah mikroskop. 


Adakah sporo boleh dirawat?

Sporotrichosis boleh dirawat jika cepat dikenalpasti. Antara rawatan yang biasanya digunakan ialah antifungus Itraconazole (Sporanox) pada dose 10mg/kg/day. Jangkawaktu rawatan biasanya agak panjang selama 3-4 minggu. Satu lagi antifungus yang boleh diguna ialah Terbinafine (Lamisil). 

Oleh kerana Sporothrix schenkii ialah sejenis fungus, rawatan menggunakan antibiotik tidak akan berkesan, dan perlu dielakkan memberi steroid kepada kucing yang dijangkiti.

jadi sekiranya kucing2 kita menunjukkan ciri2 luka yang tidak sembuh selepas di rawat, cepat2 lah bawa ke klinik untuk rawatan susulan.

p/s : sayangilah mereka kerana mereka juga berhak hidup gembira dan sehat

Wednesday 3 June 2015

mengada kah perempuan mengandung ni?

Assalamualaikum..



Hi uolls,

sentap tak dengan soalan tu? bagi yang belum lalui mungkin tak terkesan  tapi bag yang dah lalui macam Ciklin ni.....

Ceritanya bila Ciklin berjumpa docter, Kita ni hadap pelbagai perubahan hormon sampai buatkan diri kita sendiri pun kadang2 tak faham dengan diri sendiri. Bila kite jumpe docter ape yang selalu kita harapkan? mestilah kata2 semangat or positive info sbb masing2 dah sedia maklumkan mengandung ni bukan penyakit so kita perlu hadapai dengan tenang.

tapi yang buatkan Ciklin geram bila docter sendiri bagi kata2 negative, bukan depan kita sorang tau...tapi depan suami juga. Agak2 bila anak pengalaman pertama, isteri mengandung orang lelaki ni faham tak setiap perubahan isteri dia? jawapannya ialah TIDAK!!

Docter tu boleh slumber badak je cakap, alah orang mangandung ni bukan sakit pun...mangada je lebih. Bagi seorang lelaki yang tak akan merasai dan tak akan faham macam mana rasanya bila badan berubah seiring perubahan hormon tentu akan terus ingat kata2 docter tu sampai la bila2 pun isteri dia mengandung nanti.

Itu lah yang terjadi dekat Ciklin, so now bila badan letih atau Ciklin rasa tak sehat or jadi lemah, ape yang diingati ialah mengada! Hai lah docter, sy tahu awak lelaki dan tak pernah lalui apa yang kami lalui, tapi tidak kah docter tersebut berfikir dulu sebelum bercakap.


Kami bakal2 ibu ni bukan minta pun bangun pagi muntah, makan tak kena tekak,tido ke kanan salah..ke kiri salah, perut sentiasa rasa macam ade ribut, rasa malas, kadang2 letih yang teramat, tapi semua tu kami lalui dengan sendirinya, salah ke if just nak minta si suami ada bersama sekadar untuk tolong tenangkan diri kami? Jangan lah di sumbat dalam otak si suami yang si isteri hanya lah mangada2

So, lepas ni memang Ciklin tak akan pegi jumpa docter tu lagi. Hope next week jumpa docter Rohaini dekat Columbia Asia tu tak de lah macam docter negative tu. Geram ciklin dekat docter tu sampai ke hari ni tau.