Monday 8 June 2015

Sporo merupakan igauan ngeri kepada kucing

Assalamualaikum..

Dulu Ciklin hanya selalu terjumpa artikel atau hanya dengar kisah2 dari pencinta kucing yang lain, tapi kini Ciklin nampak dan berada hampir dengan kucing yang di jangkiti Sporo atau nama penuhnya "Sporotrichosis"

Penyakit ni katanya berpunca dari tanah, if nak tahu lebih lanjut try tanya pakcik 'google'. dan kemudiannya berjangkit pada kawasan luka yang ada pada kucing.


Ni nama dia pak itam, kucing jiran Ciklin. Dulu masa pak itam ni cantik tuan dia selalu lah cakap yang pak itam ni cerdik,selalu minta peluk,suka nak ikut bila pegi jalan2 dan macam2 lagi lah...macam kucing dia lah paling cantik, kucing dia lah paling cerdik. Tapi bila si pak itam ni ni di jangkiti penyakit sporo ni dia boleh je campak dekat luar macam tu je.

Kalau ikutkan Ciklin laki bini memang nak je bawa pegi vet, tapi dengan keadaan Ciklin yang berbadan dua ni Ciklin risau penyakitnya berjangkit. sebab mengikut pembacaan Ciklin penyakit ni boleh menjangkiti kucing2 lain dan manusia juga.

So meh Ciklin share sikit apa yang Ciklin baca dari blog2 dan pakcik 'google'

Jenis2 sporotrichosis dan gejala jangkitan:

# Sporotrichosis pada kulit (cutaneous).

kerap berlaku di kepala, hidung dan ekor kucing.
- terdapat bengkakan (bumps) atau lesion pada kulit luar, serta kelenjar membengkak.
- lesion biasanya kelihatan seperti luka yang bernanah, ulcerative dan tidak sembuh.
- tidak menunjukkan perubahan dengan rawatan antibiotik
- kerap berlaku dikawasan yang pernah luka.
- terdapat juga bengkakan limfa atau lymphadenopathy.

Pada manusia, sporotrichosis lebih kerap terjadi di tangan, muka dan jari2 tangan. Ini kerap berlaku apabila kita bersentuhan dengan kucing yang menghidapi sporotrichosis, samada melalui direct contact dengan lelehan cecair dari lesion di kucing  tersebut atau melalui luka. 


# Disseminated sporotrichosis (sporotrichosis yang merebak ke seluruh sistem).

- jarang berlaku, terjadi apabila jangkitan awal merebak ke kawasan lain ie sekunder
- tanda2 sistemik seperti keletihan (malaise) dan demam
Osteoarticular sporotrichosis apabila jangkitan merebak ke tulang dan sendi
Sporotrichosis meningitis apabila jangkitan merebak ke otak dan sistem saraf
- kucing akan hilang selera makan (anorexia) dan hilang berat badan (cachexia)


# Pulmonary sporotrichosis.

- ini berlaku apabila spora fungus ini masuk ke dalam paru2 secara inhalasi
- kucing akan menunjukkan tanda2 pneumonia ie radang paru2


Bagaimana sporotrichosis di diagnos?

Diagnosis untuk sporotrichosis pada kucing boleh dilakukan dengan mudah. Ini kerana sejumlah besar fungus sporo ini berada didalam bendalir atau cecair pada lesion kulit, dan ianya boleh dilihat dibawah mikroskop. 


Adakah sporo boleh dirawat?

Sporotrichosis boleh dirawat jika cepat dikenalpasti. Antara rawatan yang biasanya digunakan ialah antifungus Itraconazole (Sporanox) pada dose 10mg/kg/day. Jangkawaktu rawatan biasanya agak panjang selama 3-4 minggu. Satu lagi antifungus yang boleh diguna ialah Terbinafine (Lamisil). 

Oleh kerana Sporothrix schenkii ialah sejenis fungus, rawatan menggunakan antibiotik tidak akan berkesan, dan perlu dielakkan memberi steroid kepada kucing yang dijangkiti.

jadi sekiranya kucing2 kita menunjukkan ciri2 luka yang tidak sembuh selepas di rawat, cepat2 lah bawa ke klinik untuk rawatan susulan.

p/s : sayangilah mereka kerana mereka juga berhak hidup gembira dan sehat

No comments: