Wednesday 24 June 2015

Seminggu berlalu.....

Assalamualaikum...

Pejam celik..pejam celik dah 7 hari kite berpuasa. Alhamdulillah mak buyung ni masih mampu meneruskan puasa. Baby je lebih active bila lapar ni, agaknya cuba menunjukkan protes kelaparan..hehehe

So far sejak mengandung ni Ciklin memang ada masalah untuk makan luar, ada je tak kena tekak. Semua yang teringin nak kena masak sendiri kecuali mngidam nasi kandar vangey dekat ipoh dan nasi kandar yasmin dekat kampung halaman iaitu aloq staq. yang lain2 takde pula teringin yang tersangat.

Tapi bila sejak ramadhan ni, Ciklin tak lalu makan nasi. Tengok nasi pun takde selere. Risau juga baby tak cukup zat jadi terpaksa fikir menu2 yang dapat memberi zat yang cukup walaupun bukan nasi.

Ni tekak teringin nak makan puding kastard dgn buah-buahan dan laksa utara. Nak masak laksa dan buat puding tika hari bekerja ni memang hakak minta maap le...memang tak mampu, memandangkan cuaca sekarang sgt..sgt..sgt lah panas. Lembik je badan ni bila balik keje. Mana tak lembik perubahan suhu yang mendadak. Dekat opis sojukk..balik je rumah hambek kau..berbahang...jadi pendamkan dulu niat nak masak laksa tu. Dengan kereta masih di bengkel, rasa patah kaki ni tau bila si tengiling merah Ciklin tu takde.

Ok lah nanti2 if ade resepi menarik Ciklin share kat sini ye...

selamat berpuasa semua..

No comments: