Tuesday 5 May 2015

Pengalaman pertama untuk pregnancy check up di Columbia Asia Nusajaya

assalamualaikum..


Bersua kembali kite, lama kan Ciklin tak kesini. Sejak2 berkahwin dan berpindah ke Johor dan rezeki dapat kerja dan rezeki mengandung dalam masa yang sama membuatkan kehidupan seharian Ciklin agak kucar kacir.

Mana tidaknya, plan awal Ciklin adalah menjadi suri rumahtangga yang berjaya, tapi terlupa yang Ciklin pernah apply kerja masa di Shah Alam dulu lagi. So bila pindah je, ngam2 plak diorang offer kerja, nka ditolak rasa macam rugi pula so Ciklin pun terima tup..tup..dapat tahu Ciklin mangandung tu pun sbb Ciklin rasa susah nak tidur malam. ditambah dengan naluri keibuan gitew so Ciklin ambek keputusan nak beli pregnancy test dkt farmasi.Alhamdulillah resultnya 6weeks +

Bermula lah rutin seharian Ciklin sebagai seorang pekerja dan bakal ibu, disebabkan Ciklin kurang mengalami mabuk2,muntah2 dan sebagainya membuatkan Ciklin hampir terlupa yang Ciklin ni sedang berbadan dua. Hinggalah ke minggu ke 11 baru la Ciklin ada kesempatan nak mencari dan mengkaji klinik2 yang terbaik untuk checkup. Sayangnya semua klinik kerajaan check up hari berkerja. Last2 Ciklin dan en.suami ambek keputusan nak checkup di Columbia Asia (CA) je. Tu pun atas recommendation dari sedara2 yang mempunyai pengalaman dekat situ.


So untuk pemeriksaan pertama ni Ciklin berpuas hati. dkt CA ni ade 3 dokter yang bertanggungjawab iaitu dr.Rajesh, dr Teh dan dr.Rohaini and ofcoz en.suami suruh pilih dr.Rohaini.
So far, takde la mahal sgt, sama mcm kita buat pemeriksaan dekat klinik swasta yang lain. Hari tu Ciklin kena just dlm RM170++ termasuk 2 jenis ubat dan scan, harga yang sangat berbaloi untuk keselesaan yang memang diharapkan oleh semua




So far untuk 1st check up Ciklin sgt berpuas hati dan bersyukur sbb baby sehat, alhamdulillah dan dapat dr.Rohaini yang freindly.



No comments: