Monday 18 May 2015

Bakso sedap - bakso kubur cina (Larkin, Johor)

assalamualaikum..

Sejak berpindah ke Johor ni CikLin masih lagi mencari2 kedai2 makan yang kena dengan selera CikLin. Maklumlah sebelum ni kan CikLin dekat Shah Alam, so dekat sana kedai makan ni macam cendawan tumbuh selepas hujan. Bila di Johor, dengan CikLin takde sedara pula di Johor jadi pergerakan CikLin agak terbatas.

Setelah puas mencuba bakso di kedai2 makan sekitar rumah, akhirnya teman sekerja CikLin suruh CikLin cuba bakso kubur cina. 1st dengar seram bukan? tapi walaupun namanya seram tapi rasanya menepati serera CikLin.

Bagi CikLin yang dah mencuba sendiri bakso di Indonesia seperti Bali, Padang, Medan dan beberapa tempat sekitar Indonesia lagi membuatkan CikLin bagi 8/10 dari rasa sebenar. Walaupun gerainya di Johor,Malaysia namun rasa dan feel dia sama macam kita di Indonesia.

Untuk yang ingin mencuba anda boleh google map je bakso kubur cina, insya allah sampai nanti.

Tapi dah sampai nanti jangan terkejut sebab jalannya memang menyeramkan untuk sesape yang pergi untuk pertama kali. sbb anda perlu parking betul2 di depan kubur cina lama dan berjalan dalam 50m menuruni bukit untuk sampai ke gerai tu.

Tengok lah belakang kereta CikLin tu..kan kubur cina. View satu lagi tu pula dari meja makan yang CikLin pilih tu..hehehe kalau malam confirm agak seram.


 Ni pula rupa baksonya, CikLin pilih suun, baru lah bakso original kan..





So keseluruhan untuk bakso kubur cina ni CikLin  bagi rate seperti berikut:

Rasa : 8/10
View / keselesaan : 5/10
keseluruhan : ok boleh ulang datang bila tekak teringin makan bakso ori

So kepada sesiapa yang nak try rasa pergi lah..tapi jangan lupa datang sini balik untuk share pendapat ye..


ByE.
CikLin

1 comment:

Unknown said...

Cube ciklin try bakso dekat blakang hospiral sultanah aminah.. terbaikkk...