Thursday 12 December 2013

Food Hunt ~ Penang ~ Bukit Bendera

salam all,

Minggu lepas aku terlibat dengan event Food Hunt dekat Penang oleh Bank Pembangunan. Memang best sebab peserta diminta makan disetiap check point. ada 6 check point antaranya makan nasi kandar, mee fatah, nasi dalca, makan jeruk buah, pasemboq, and cendol.

So aku marshall yang bertugas atas bukit bendera. ni 2nd time aku naik bukit bendera. Dulu kalau nak naik bukit bendera tunggu untuk naik train dia punya la lama..but now dengan teknologi train baru perjalanan naik ke atas hanya ambek masa kira-kira 5-7 minit.

Bagi yang tak pernah tengok train lama..ini lah rupanya



Manakala train baru pula berwajah bergini



Dekat atas anda berpeluang melihat pemandangan yang cantik tu pun kalau hari cerah dan tak hujan.



selain pemandangan yang cantik, anda juga berpeluang untuk menikmati kacang putih yang sedap...uncle yang berniga kat atas ni adalah 3rd generation, kacang putih diorang mmg sangat terkenal bg pengujung bukit bendera.




tgk lah macam mana orang beratur nk beli kacang putih dia...yang atas tu adalah speacial mix dari uncle tu..memang sedap...nama dia adalah Banila..kalo xsilap aku lah..lupe plak nama dia tu...memang terbaik..
ni sambil2 aku jaga check point kat situ aku layankan lah pemandangan sekitar






So kepada yang nak ke penang terutamanya nak naik bukit bendera..sila kan.. lawatilah tempat2 menarik yang ada di Malaysia...Selamat bercuti semua

ByE...


No comments: