Thursday, 15 January 2015

Butik pengantin De'Kasih penyelamat

assalamualaikum....

Tengok tajuk pun korang mesti tahu kan ape yang akan aku share hari ni...

Biasa lah orang baru kawen ni mesti lah share tentang perjalanan majlis dan sekitarnya..ni belum masuk honeymoon punya cerita lagi...so lets take a s a deep breath first and baca ni...mana tau boleh membantu anda2 yang bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa yang terdekat.

Okey, normally orang yang nak kawen ni dia excited sikit kan? semua nak buat sendir last2 tak terbuat. Lain pula cerita dengan aku, aku ni kan buat make up pengantin so if kawan2 punya majlis ni aku lah yang akan menjadi antara org yang paling sibuk. kalah mak pngantin gitu.

Tapi bila majlis aku, aku jadi lembab sikit. Aku jadi blank tak tahu nak mula kat mana dan dari mana. korang bayangkan aku mula booking everything adalah 2 bulan sebelum majlis. So korang jangan buat perangai macam aku if korang adalah seorang yang cerewet.

Aku kan keje di Shah Alam, incik suami dekat Singapore nak kawen dekat Alor Star...So ni kira macam cinta Utara-Selatan lah. Jadi memang agak sukar untuk aku melakukan persiapan bersama sebab jauh weh.

Kang kalo aku main pilih je dia tak berkenan pula. Nak suruh dia pilih kat sana aku pilih kat sini kang warna baju dah jadi macam pinjam pengantin lelaki org lain pula sbb warna tak sama. Nak balik Alor Star selalu pun kewangan macam semakin meruncing, itu yang jadi nanti lah tunggu pilih sama2 last2 baru sedar majlis makin dekat.

Akhirnya bila aku balik hantar borang tu lah baru aku berpeluang untuk pilih baju dan berbincang. Sebelum ni aku pernah gak admire dengan satu butik pengantin atas city plaza tu,Konon2nya nanti nak kawen memang nak ambek situ tapi bila hari aku pergi tu butik tu masyaallah sombong giler. Bila kita nak bincang dia boleh cakap semua tengok dekat FB, then aku cakap lah aku nak tanya pakage, skali lagi dia jawap tengok FB je. Abis camne lah nak maju, atau dia dah cukup maju tak tau lah kan.

Oleh sebab tak jadi kat kedai dia aku pun jalan le lagi dalam city plaza tu, last2 nampak satu butik ni. De'Kasih Collection, So aku pun masuk niat nak tgk je dulu sebab butik ni memang tak de dalam list langsung. Tapi bila ko dah masuk pekerja2 kat situ sangat2 lah friendly dan sangat membantu

So aku ni kang simple, so terus book date dan pilih baju. Untuk 3 pasang baju, hiasan pelamin, 2 kali make up dan 12 dulang hiasan hantaran kos dia tak sampai RM3k pun. Senang cerita actually kos tu no 2,tapi yang penting how they treat us as custemors. Sudahnya aku memang suka giler butik ni dan akan pastikan sedara2 dan rakan2 aku yang nak kawen nanti try ambek ngan diorang.
make up nikah dan baju nikah


make up majlis dan baju bersanding


Untuk keseluruhan dari 10 bintang aku bagi berbintang2 lah kat diorang ni...

ok so kepada yang merancang untuk memlih baju kawen tu sangat2 di nasihatkan untuk dapatkan kata sepakat dengan pasangan.

with love,
CikLin (hari tu pakai puan lin rasa cam tua plak..so i nak feeling2 muda balik lah)

Wednesday, 14 January 2015

Prosedur nikah untuk gadis Kedah dengan jejaka Singapura.

Assalamualaikum...


Ok, meh aku nak share sikit dengan korang apa yang akan korang lalui sepanjang proses permohonan berkahwin.

Mula-mula fahami dulu situasi sebenar :

Gadis - Di lahirkan di Alor Star, Kedah. bekerja di Selangor dah hampir 5 tahun dan akan dinikahkan di alor star. setahu aku sebenarnya aku boleh je ambek borang dan selesaikan semuanya di Selangor tapi bernikah di Kedah. Tapi disebabkan kapasiti otak aku masa tu sangat2 merosot maka aku jadi tak faham.Oleh itu aku bersama incik suami tetap gigih mengusahakan semua borang di Alor Star.

Jejaka idaman - Di lahirkan di Singapura, bekerja di Singapura dan tinggal juga di Singapura. Tapi galak nak ngorat gadis kedah...hihihi. dan disini lah segala masalah akan bermula. Hal ini disebabkan oleh permintaan beberapa borang yang kadang2 nampak macam dah mengada2.

ok, lets kite mulakan dengan langkah2 yang korang kena sabar untuk lalui.........

1. Pasangan setuju untuk Bernikah

Yelah, if tak setuju macamana korang nak bernikah, kang dah jadi kes kawen tanpa rela pulak.

2. Kursus Kawen (untuk yang bernikah di Malaysia)

Korang kena menghadiri kursus pra-perkahwinan selama 2 hari. Korang boleh menghadiri mana2 je badan yang berdaftar dan bertauliah untuk menjalankan kursus. Yes! dua2 org kena pergi.

Macam kes aku, incik suami yang ketika itu incik tunang terpaksa datang Shah Alam untuk hadir khusus bersama aku. Actually aku dah ambek pun kursus tu masa zaman dekat kampus dulu...tapi disebabkan incik suami kena ambek kursus so aku suruh la dia dtg Shah Alam.

3. HIV Test

Korang berdua perlu jalani ujian darah untuk memastikan korang bebas dari HIV,Yes, again korang berdua! jangan banyak bunyi...nak nikah kan? Ujian darah ni hanya valid dilakukan di klinik kesihatan kerajaan yang terpilih je tau dengan bayaran RM 1 untuk warganegara dan RM15 untuk bukan warganegara.....kalau korang banyak duit skali pun korang tak dibenarkan untuk ambek di klinik swasta, duit tu simpan sebab banyak lagi yang korang kena belanja lepas ni.

Lelaki perlu sediakan segala maklumat berkaitan dan juga borang2.

Selagi pihak lelaki tak selesaikan segala maklumat dan borang, kita pihak pompuan ni memang tak boleh buat apa2.

antara maklumat yang diperlukan adalah

4. Salinan passport pengantin lelaki

5. Kebenaran berkahwin dari kedutaan

dalam kes ni incik suami aku ni bukan bekerja disini so dia masuk Malaysia pakai passport biasa iaitu pas lawatan sosial aje bukan visa untuk bekerja, makanya kebenaran untuk berkahwin dia dikeluarkan oleh Registry of Muslim Marriages (ROMM) di Singapura

Surat ni if tak silap valid 3 bulan je kot.

6. Surat pengesahan passport oleh KDN

yang ini menjadi sedikit salah faham bila aku ingat surat pengesahan passport ni akan dikeluarkan oleh pihak Imigresen. Tapi rupanya dikeluarkan oleh KDN.


Perempuan kumpulkan semua borang dan submit 

Bila pihak lelaki dah serahkan semua maklumat dan borang, pihak pompuan pun harus lah menyediakan segala borang yang diperlukan untuk dihantar ke Majlis Agama Islam daerah masing2

antara maklumat dan borang yang perlu disedia dan dilengkapkan ialah

7.  Salinan ic pengantin pompuan
8.  Salinan ic wali (bagi kes aku abg sulung aku adalah wali aku)
9.  Salinan ic 2 orang saksi 
10. Salinan sijil kahwin ibu bapa (untuk kes aku tak perlu sbb wali aku adalah abg aku)
11. Borang kuning yang di beri oleh pihak Majlis Agama
12. Borang wali untuk wali sain juga diberi oleh pihak Majlis Agama
13. Borang khariah untuk imam masjid sain juga dari majlis Agama Islam
14. Borang saksi untuk saksi sain juga Majlis agama yang bagi

Bila seua dah elok terkumpul dan lengkap diisi boleh lah dihantar sebulan sebelum...if hantar awal2 pun diorang tak terima.

So bila dah lengkap dan diterima diorang akan bagi masa seminggu untuk kite collect semua form tu balik dan diserahkan kepada imam yang akan dinikahkan tu.

Tapi ingat baik korang tanya sendiri dengan lebih jelas dengan majlis agama negeri korang sendiri sebab setiap negeri prosedur dia berlainan.

okeh, selamat bertabah mengharungi segala gelagat orang disepanjang korang mengumpul segala maklumat yang diperlukan...dan selamat pengantin baru in advance juga utk korang


with Love,
Pn. Lin

Saya dah selamat menjadi Puan

Salam...

Tanggal 26 Dec 2014 tepat jam 5.40 ptg aku dah selamat memegang gelaran Puan. Pada zahirnya mungkin nampak sama tapi segalanya telah berubah. Masih sibuk sebab aku still kena habiskan kerja sebelum aku ikut suami aku...

Setakat hari ini masih belum banyak yang berubah kerana aku dan mr.suami masih berjauhan, dia dia Singapore dan aku masih di Shah Alam.

Jom aku share gambar pada hari nikah dulu...

Ni lah big family aku...thanks sudi datang dari Singapore dan terima aku masuk dalam famili ni

 Ni pula keluarga aku dan mertua




















Lepas ni aku akan share tentang document yang diperlukan sekiranya kita org Malaysia nak bernikah dengan makluk org asing



With Love,

Pn.Lin

Monday, 30 June 2014

diari ramadhan cikLin :::: Hari Pertama

Salam Ramadhan al-mubarak

Hari ni dah 2 hari kita berpuasa kan? cepat giler aku rasa, baru je feeling2 nak tulis blog counting or wish selamat berpuasa, tau2 dah 2 hari pun puasa..hihihi ayat nak cover diri sebab malas kan ciklin

Untuk tahun ni macam tahun2 lepas lah juga, bersahur dan berbuka sesorang. Tapi xpe sementara single ni enjoy la btl2 kan moment hari pertama berbuka makan nasi putih + ikan bilis goreng minyak letak bawang n cili padi banyak2 + air rebina. Ni bukan kes tak de duit ke hape, tapi ni kes malas yang maha sgt2...sampaikan rasa nak pegi param pun malas, malas nak berasak2 beratur membeli lauk bagai..then bila time berbuka phuuuiii rasa nan hado- walaupun bukan semua masak tak sedap tapi ciklin dah terkena banyak kali puasa yg lepas. So nak selamat, masak sendiri walaupun simple nak mampos tapi biarlah sebab hati tak sakit.

Tapi untuk sahur semalam best lah juga sebab tahun ni ciklin ade housemate so sempat lah bersahur bersama. laju lah sikit makan nasi tu...kalo tidak ciklin menghadap dinding je lah. Time berbuka je tak sempat nak reramai, diorang en.kesayangan masing2 dekat tak pe lah....ciklin ni dah lah dipisahkan sejauh 316km dan dipisahkan dengan selat melaka lagi so hanya mampu berbuka dengan sorang2 dekat rumah je lah. Nak berbuka dengan mak pun jarak juga yang menjadi penghalang.

Cerita puasa hari pertama ciklin simple camni jelah, tahun depan insyaallah dah berdua mungkin akan lebih menarik lah...weekend boleh balik rumah mertua..berbuka ramai2..ohhh, mood berangan kau boleh tahan jugakan ciklin.

Cerita berbuka day 2 ni tak fikir lagi nak makan ape ni....tak sabar nak balik je dulu....ok lah selamat berpuasa dan selamat berbuka ye semua

ByE.
CikLin




Friday, 13 June 2014

Rumah teres 2 tingkat dari RM550k- Puncak Bestari Puncak Alam

*Iklan projek baru *

Salam semua

Hari ni ciklin nak share info sikit.
Kepada yang tinggal area KL,Sg. Buloh, Shah Alam, Klang dan kepada yang mencari property sama ada untuk tinggal atau invest ini adalah peluang keemasan untuk anda. Kawasan ni berdekatan dengan UiTM Puncak Alam yang tak lama lagi akan menjadi kampus utama.

Company ciklin ade buat pre-launching product baru, teres 2 tingkat harga bermula RM550k. Rumah ni agak besar dan memang cantik. Lot saiz dia 24x70


untuk maklumat lanjut boleh lah call direct line tu dan minta cakap ngan ciklin.Ciklin akan bagi info yang lebih lengkap, cepat2 garb peluang ni sebab harga rumah ni akan naik lepas launcing nanti..sekarang harga still harga pre-launching

So, tunggu ape lagi jom call dan rebut unit yang tinggal