Wednesday 14 January 2015

Prosedur nikah untuk gadis Kedah dengan jejaka Singapura.

Assalamualaikum...


Ok, meh aku nak share sikit dengan korang apa yang akan korang lalui sepanjang proses permohonan berkahwin.

Mula-mula fahami dulu situasi sebenar :

Gadis - Di lahirkan di Alor Star, Kedah. bekerja di Selangor dah hampir 5 tahun dan akan dinikahkan di alor star. setahu aku sebenarnya aku boleh je ambek borang dan selesaikan semuanya di Selangor tapi bernikah di Kedah. Tapi disebabkan kapasiti otak aku masa tu sangat2 merosot maka aku jadi tak faham.Oleh itu aku bersama incik suami tetap gigih mengusahakan semua borang di Alor Star.

Jejaka idaman - Di lahirkan di Singapura, bekerja di Singapura dan tinggal juga di Singapura. Tapi galak nak ngorat gadis kedah...hihihi. dan disini lah segala masalah akan bermula. Hal ini disebabkan oleh permintaan beberapa borang yang kadang2 nampak macam dah mengada2.

ok, lets kite mulakan dengan langkah2 yang korang kena sabar untuk lalui.........

1. Pasangan setuju untuk Bernikah

Yelah, if tak setuju macamana korang nak bernikah, kang dah jadi kes kawen tanpa rela pulak.

2. Kursus Kawen (untuk yang bernikah di Malaysia)

Korang kena menghadiri kursus pra-perkahwinan selama 2 hari. Korang boleh menghadiri mana2 je badan yang berdaftar dan bertauliah untuk menjalankan kursus. Yes! dua2 org kena pergi.

Macam kes aku, incik suami yang ketika itu incik tunang terpaksa datang Shah Alam untuk hadir khusus bersama aku. Actually aku dah ambek pun kursus tu masa zaman dekat kampus dulu...tapi disebabkan incik suami kena ambek kursus so aku suruh la dia dtg Shah Alam.

3. HIV Test

Korang berdua perlu jalani ujian darah untuk memastikan korang bebas dari HIV,Yes, again korang berdua! jangan banyak bunyi...nak nikah kan? Ujian darah ni hanya valid dilakukan di klinik kesihatan kerajaan yang terpilih je tau dengan bayaran RM 1 untuk warganegara dan RM15 untuk bukan warganegara.....kalau korang banyak duit skali pun korang tak dibenarkan untuk ambek di klinik swasta, duit tu simpan sebab banyak lagi yang korang kena belanja lepas ni.

Lelaki perlu sediakan segala maklumat berkaitan dan juga borang2.

Selagi pihak lelaki tak selesaikan segala maklumat dan borang, kita pihak pompuan ni memang tak boleh buat apa2.

antara maklumat yang diperlukan adalah

4. Salinan passport pengantin lelaki

5. Kebenaran berkahwin dari kedutaan

dalam kes ni incik suami aku ni bukan bekerja disini so dia masuk Malaysia pakai passport biasa iaitu pas lawatan sosial aje bukan visa untuk bekerja, makanya kebenaran untuk berkahwin dia dikeluarkan oleh Registry of Muslim Marriages (ROMM) di Singapura

Surat ni if tak silap valid 3 bulan je kot.

6. Surat pengesahan passport oleh KDN

yang ini menjadi sedikit salah faham bila aku ingat surat pengesahan passport ni akan dikeluarkan oleh pihak Imigresen. Tapi rupanya dikeluarkan oleh KDN.


Perempuan kumpulkan semua borang dan submit 

Bila pihak lelaki dah serahkan semua maklumat dan borang, pihak pompuan pun harus lah menyediakan segala borang yang diperlukan untuk dihantar ke Majlis Agama Islam daerah masing2

antara maklumat dan borang yang perlu disedia dan dilengkapkan ialah

7.  Salinan ic pengantin pompuan
8.  Salinan ic wali (bagi kes aku abg sulung aku adalah wali aku)
9.  Salinan ic 2 orang saksi 
10. Salinan sijil kahwin ibu bapa (untuk kes aku tak perlu sbb wali aku adalah abg aku)
11. Borang kuning yang di beri oleh pihak Majlis Agama
12. Borang wali untuk wali sain juga diberi oleh pihak Majlis Agama
13. Borang khariah untuk imam masjid sain juga dari majlis Agama Islam
14. Borang saksi untuk saksi sain juga Majlis agama yang bagi

Bila seua dah elok terkumpul dan lengkap diisi boleh lah dihantar sebulan sebelum...if hantar awal2 pun diorang tak terima.

So bila dah lengkap dan diterima diorang akan bagi masa seminggu untuk kite collect semua form tu balik dan diserahkan kepada imam yang akan dinikahkan tu.

Tapi ingat baik korang tanya sendiri dengan lebih jelas dengan majlis agama negeri korang sendiri sebab setiap negeri prosedur dia berlainan.

okeh, selamat bertabah mengharungi segala gelagat orang disepanjang korang mengumpul segala maklumat yang diperlukan...dan selamat pengantin baru in advance juga utk korang


with Love,
Pn. Lin

No comments: