Friday 3 July 2015

iftar 15::: Sangkar Kristal

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, sekejap je kita dah manghampiri separuh perjalanan di dalam bulan ramadhan ni. dan alhamdulillah juga masih di beri kekuatan untuk meneruskan puasa tanpa sebarang alahan, mungkin sebab dah masuk 5 bulan ni badan dah boleh terima. Sebab masa memula mengandung dulu memang cepat lapar dan mudah masuk angin.

Eh...actually nak cerita semalam berbuka dekat Sangkar Kristal dengan budak2 opis yang islam, Sape2 orang Johor mesti la tahu kan. Ni 1st time tau Ciklin berbuka luar dan buffet. Sebab sejak mengandung ni berbuka Ciklin tak boleh berat2 sangat sebab if makan banyak confirm tak lama lah makanan tu mendarat dalam perut Ciklin.

Makanan dekat Sangkar Kristal ni best la juga, semua sedap dan yang paling penting ialah kemesraan pelayan2 dan juga kecepatan diorang refill balik setiap makanan yang berkurang atau habis. Gambar makanan Ciklin tak sempat ambek sbb sampainya pun dah dekat sangat dah dengan waktu berbuka..dan macam biasa bila jumpa kawan2 mana nak ingat nak ambek gambar bagai kan....

Suasana dekat sangkar Kristal pula best dan selesa, cuma ramai orang sikit lah..tu biasa lah kan? tak nak ramai balik makan dekat depan tv dlm rumah sendiri.

So kepada sesiapa yang masih tak tahu nak berbuka dekat mana mungkin boleh lah cuma dekat Sangkar Kristal ni. Tapi ingat sila buat tempahan dulu ye sebelum pergi. Alamat korang boleh dapr dekat google maps je.Waze pun ade. Taip je Sangkar Kristal confirm keluar.

Sebelum mengakhiri cerita berbuka ni meh le layan gambar2 yang sempat diabadikan...


 masa ni dah nak balik..sempat kumpulkan yang ni je..yang lain laju je balik..maklumlah dah kekenyangan

 Lyza, husband and ina..setable dengan Ciklin tapi tak sempat ambek gambar semeja

 Baby boi yang sgt behave, baik je..mak ayahnye makan dia layan tido

 Nadia dan suami

 Julie dan oni anak daranya ditemani adik Julie

 Ida dan suami serta anak2...best tgk anak2 yang pandai jaga diri bila dekat luar ni

and akhir sekali mestilah tuan tanah kedaung bersama en.Somi terchenta. Tersandar kekenyangan dan jangan terkejut sebab nampak macam en.Somi yang pregnant kan? nak sedondon di hari raya nanti katanya.



So makanan melayu dah. Sabtu nanti arab pula sebab Ciklin balik rumah mertua and india food hari Ahad.
Nanti Ciklin share ye..teruja ni nak rasa makan diorang... 

No comments: