Friday 16 May 2014

debaran bakal pengantin

salam...

Sekejap je dah masuk mei, dalam masa 5 bulan ni macam-macam terjadi yang bakal mengubah seluruh hidup aku. Dalam masa 5 bulan ni aku kenal seseorang dan akan bergelar suami kepada aku.

Pejam celik, tinggal lagi 8 bulan je lagi untuk aku buat persiapan....Berdebar kot!
So, jom kite semak ape yang patut buat sekiranya kita berada di peringkat aku skarang ni

8 - 6 BULAN SEBELUM


Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
  1. Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.-DONE-tak ikut adat sangat just follow yang wajib sajo! sebab majlis aku ni simple aje
  2. Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.- PENDING-masih diperingkat pening2 lalat sebab banyak lagi yang belum tahu jumlah sebenar
  3. Tentukan lokasi majlis perjahwinan dan menempahnya jika perlu-DONE-kat rumah je
  4. Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal. -DONE-dah lama buat sebagai buku rujukan gatai sgt nak kawen lah katakan
  5. Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda.-PENDING- sebab rasa macam nak minta BFF je makeup kan 
  6. Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya. -PENDING- sebab nak kena pindah Joho so masih belum boleh rancang sbb masih jauh
  7. Kenal pasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan.-DONE- akan berurusan dengan JAIK
  8. Menentukan tema warna/konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.-HALF DONE-
  9. Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya).-DONE-
Bagi pengantin lelaki:
  1. Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran. -DONE- settle by November

Setakat ni, ini je yang sempat fikir. fuhhh....bepeluh juga lah kan


ByE:
cikLin

No comments: