Wednesday 8 July 2015

iftar 20 :::: Nasi minyak, ayam masak rose dan acar timun dan nenas

Assalamualaikum..

Hai.. semua, apa khabar? hope semua sehat2 la ye...
pejam celik kejapje kite dah masuk 10 malam terakhir kan? untuk mak buyung ni alhamdulillah puasa masih penuh, baby H sangat behave.

Tapi baby H punye request nak makan memang kadang2 tu tak termasak. Demand tau dia tak nak yang beli, semua nak yang ibu dia masak sendiri...gud boi. anda dah berjaya buat skill chep yang berkarat ibu ni kembali menyerlah.

Btw nak cerita mengindam nasi minyak dan ayam masak rose. So petang semalam balik je keje terus berperang dekat dapur menyiapkan nasi minyak dan ayam rose, pastu rasa macam tak lengkap sebab dekat rumah takde barang2 untuk buat dalca jadi Ciklin buat la acar mentah timun dan nenas ni memenuhi kekosongan dalca itu (berani makan nenas sejak2 dah masuk 4 bulan hari tu, tapi dalam kuantiti yang sedikit lah)






Nasi minyak tu Ciklin letak sirap rose sikit, mengantikan pewarna kuning yang tak de. ayam masak rose pula sepatutnya Ciklin letak kacang peas hijau tu, juga takde jadi mana2 ade je la untuk lepaskan tekak. Resepi pula Ciklin call mak dekat kampung untuk check betul ke tidak, maklumlah setahun sekali je masak camni sebenarnya.Sebab kalau dekat kampung juadah ni Ciklin dan mak akan masak untuk pagi raya di samping ketupat pulut.

So meh Ciklin sharekan resepi, if ade yang kurang kome tambah la ye..sebab Ciklin main agak2 je bahan2 dia dan resepi kena la untuk tekak Ciklin ni dan En.somi pun cakap sedap. kembang kempis hidung Ciklin tau




RESEPI NASI MINYAK ( untuk 2 orang makan) :

BAHAN2::

Beras basmathi 2 cawan - Ciklin guna beras Faiza sbb senang nak masak dan lembut
Susu cair 1/2 tin
Air 2  cawan
Bawang merah*5 ulas
Bawang putih*5 ulas
Halia * 2cm
serai 1 - dititik
Kulit kayu manis 2
Bunga cengkih 3
Bunga lawang 3
Buah pelaga 3
garam
Mentega dan sedikit minyak jagung untuk menumis - Ciklin guna minyak masak biasa je
Daun panda - disimpul
* dihiris nipis

CARA2 ::

1 - Basuh beras dan rendam selama lebih kurang 10 minit dan toskan.
2 - Panaskan mentega dan minyak, tumis semua bahan yang dihiris nipis bersama serai hingga naik          bau, kemuadian masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih,bunga lawang dan buah pelaga. Layu
     dan tutup api
3 - Masukkan beras dalam periuk nasi electric, masukkan susu cair,daun pandan dan kemudian tuang
     bahan2 yang digoreng layu tadi dan tambah air dan sedikit garam.
4 - Biarkan nasi masak seperti biasa. Sekali sekala kacau supaya bahan2 tadi sebati. Dan kemuadian
     titikkan perwarna jika suka.Siap



AYAM MASAK ROSE

BAHAN2::

12 ketul ayam 
2 senduk cili kering mesin
5 ulas bawang merah - dimesin
5 ulas bawang putih - dimesin
serai
tomato puree
3 sudu besar cili sos
3 sudu besar cili tomato
1/2 tin susu cair
kacang peas - Ciklin tak letak sebab tak sempat beli
minyak
garam
serbuk perasa
asam keping


CARA2 :: 


1- Goreng ayam separuh masak, jangan terlalu garing, nanti ayam jadi keras.dan ketepikan
 
2 -  Tumis bahan2 yang telah di mesin hingga naik bau, masukkan cili mesin, sos tomato,sos cili                tomato pure dan masak hingga pecah minyak.Bila sudah pecah minyak masukkan asam keping, 
       susu cair dan perasa dengan garam,gula dan sebuk perasa ikut tekak masing2.

3 - Biarkan mendidih, kemudian masukkan kacang peas.biar seketika kemudian tutup api dan siap 
     untuk dihidangkan.


Ni resepi mak Ciklin, kitorang panggil resepi campak2 jadi. mungkin ade persamaan je ngan org lain punye resepi..yang membezakan adalah air tangan masing2 je.

So, ape lagi dah ade resepi kan? moh le masak. jimat dan sedap untuk tekak.

Friday 3 July 2015

iftar 15::: Sangkar Kristal

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, sekejap je kita dah manghampiri separuh perjalanan di dalam bulan ramadhan ni. dan alhamdulillah juga masih di beri kekuatan untuk meneruskan puasa tanpa sebarang alahan, mungkin sebab dah masuk 5 bulan ni badan dah boleh terima. Sebab masa memula mengandung dulu memang cepat lapar dan mudah masuk angin.

Eh...actually nak cerita semalam berbuka dekat Sangkar Kristal dengan budak2 opis yang islam, Sape2 orang Johor mesti la tahu kan. Ni 1st time tau Ciklin berbuka luar dan buffet. Sebab sejak mengandung ni berbuka Ciklin tak boleh berat2 sangat sebab if makan banyak confirm tak lama lah makanan tu mendarat dalam perut Ciklin.

Makanan dekat Sangkar Kristal ni best la juga, semua sedap dan yang paling penting ialah kemesraan pelayan2 dan juga kecepatan diorang refill balik setiap makanan yang berkurang atau habis. Gambar makanan Ciklin tak sempat ambek sbb sampainya pun dah dekat sangat dah dengan waktu berbuka..dan macam biasa bila jumpa kawan2 mana nak ingat nak ambek gambar bagai kan....

Suasana dekat sangkar Kristal pula best dan selesa, cuma ramai orang sikit lah..tu biasa lah kan? tak nak ramai balik makan dekat depan tv dlm rumah sendiri.

So kepada sesiapa yang masih tak tahu nak berbuka dekat mana mungkin boleh lah cuma dekat Sangkar Kristal ni. Tapi ingat sila buat tempahan dulu ye sebelum pergi. Alamat korang boleh dapr dekat google maps je.Waze pun ade. Taip je Sangkar Kristal confirm keluar.

Sebelum mengakhiri cerita berbuka ni meh le layan gambar2 yang sempat diabadikan...


 masa ni dah nak balik..sempat kumpulkan yang ni je..yang lain laju je balik..maklumlah dah kekenyangan

 Lyza, husband and ina..setable dengan Ciklin tapi tak sempat ambek gambar semeja

 Baby boi yang sgt behave, baik je..mak ayahnye makan dia layan tido

 Nadia dan suami

 Julie dan oni anak daranya ditemani adik Julie

 Ida dan suami serta anak2...best tgk anak2 yang pandai jaga diri bila dekat luar ni

and akhir sekali mestilah tuan tanah kedaung bersama en.Somi terchenta. Tersandar kekenyangan dan jangan terkejut sebab nampak macam en.Somi yang pregnant kan? nak sedondon di hari raya nanti katanya.



So makanan melayu dah. Sabtu nanti arab pula sebab Ciklin balik rumah mertua and india food hari Ahad.
Nanti Ciklin share ye..teruja ni nak rasa makan diorang... 

Thursday 2 July 2015

20 Weeks ::: alhamdulillah

Assalamualaikum...

Minggu lepas kan Ciklin cakap tegah nebes kan nak tahu jantina baby, Alhamdulillah dah nampak


Itu lah jantina nya, kata dokter bulan depan kite confirmkan lagi. Tapi insya allah kalo dah jelas macam tu rasanya tepat lah.

Masa 1st nampak anunya tu, dokter tanya Ciklin...nampak tak ni...? dan Ciklin jadi terkelu gitu. Bukan sebab happy tersagat ke ape..tapi sebab otak tengah hadap nak sebut ape? Bebird? kang cam lawak plak. Nasib yang terkeluar dari mulut ialah boboi..hehehe maapkan ibumu ini nak.ibu nebess lebih.

So yang paling happy mesti lah bapaknya...sbb bakal dapat hero. Ciklin sebagai ibu ni mana2 pun ok janji jadi anak yang soleh dan solehah.

Semalam masa berbuka saja je jalan2 dekat Uniqlo skali ternampak baju baby newborn, ape lagi bapaknta dah sambar 8 pasang romper, Kainnya cantik dan yang penting tak panas.

Over kan? babynya lahir lambat lagi tapi baju dah ade, maknya ni baju raya pun belum ade lagi. Bukan Ciklin taknak beli, cuma mood tu macam takde yelah nak kena beli saiz mengandung kan..rasa mcm rugi pula. Dan sebab ke 2 sebab Ciklin beraya di perantauan tahun ni. Lepas seminggu baru balik kedah. Camne lah suasana beraya di Spore dan di rumah mertua untuk pertama kali ni ye..hehehe seram mak nokksss..