Thursday 28 May 2015

Kuey teow goreng ala chines style

hi..

Assalamualaikum...

Sejak2 kandungan dah masuk 14 week ni, tekak asyik nak makan chinese food je. Bermula dengan nasi ayam hainan pastu kuey teow sup then semalam kuey teow goreng pula. Tapi semua nak yang masak sendiri tau, demand jimat betul baby ni tau.

So hari ni CikLin nak share lah resepi, resepi ni simple je.. sebab semua main campak2 je dalam kuali.

Bahan2 nya :

1 paket kuey teow - CikLin pilih jenis yang kecil sebab lebih chinese style dan senang makan
200g udang - CikLin guna je lebih, baru sedap
4 ulas bawang putih *di ketuk dan hiris kecil
taugeh *ikut suka uolls semua lah nak letak banyak mana, lagi banyak lg sedap
daun kucai
kicap manis
kicap masin
sos tiram
4 biji telur
Lada sulah* terpulang nak letak ke tak

Cara2 nya :

- Tumis bawang putih, kemuadian masukkan udang. Goreng sampai udang dah bertukar jadi merah, ingat jgn terlebih masak nanti udang overcook jadi keras tak sedap.- kemudian ketepikan bersama minyak yang menggoreng tu

-Kemudian goreng telur dan hancurkan,Biar garing sikit lagi sedap- ketepikan.

-Dengan menggunakan kuali yg sama masukkan semula udang yang diketepikan, kemudian masukkan kuey teow dan masukkan kicap manis, kicap masin dan sedikit sos tiram dan gaul sehingga sebati dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa ikut lidah masing2

- Apabila kuey teow dan kelihatan masak masukkan telur hancur yang digoreng tadi bersama2 taugeh dan daun kucai dan jika suka gaulkan juga lada sudah mengikut tahap kepedasan dan kepanasan yang digemari. Kacau hingga layu dan hidangkan. Siap untuk dimakan.


So ini lah rupanya




Monday 18 May 2015

Bakso sedap - bakso kubur cina (Larkin, Johor)

assalamualaikum..

Sejak berpindah ke Johor ni CikLin masih lagi mencari2 kedai2 makan yang kena dengan selera CikLin. Maklumlah sebelum ni kan CikLin dekat Shah Alam, so dekat sana kedai makan ni macam cendawan tumbuh selepas hujan. Bila di Johor, dengan CikLin takde sedara pula di Johor jadi pergerakan CikLin agak terbatas.

Setelah puas mencuba bakso di kedai2 makan sekitar rumah, akhirnya teman sekerja CikLin suruh CikLin cuba bakso kubur cina. 1st dengar seram bukan? tapi walaupun namanya seram tapi rasanya menepati serera CikLin.

Bagi CikLin yang dah mencuba sendiri bakso di Indonesia seperti Bali, Padang, Medan dan beberapa tempat sekitar Indonesia lagi membuatkan CikLin bagi 8/10 dari rasa sebenar. Walaupun gerainya di Johor,Malaysia namun rasa dan feel dia sama macam kita di Indonesia.

Untuk yang ingin mencuba anda boleh google map je bakso kubur cina, insya allah sampai nanti.

Tapi dah sampai nanti jangan terkejut sebab jalannya memang menyeramkan untuk sesape yang pergi untuk pertama kali. sbb anda perlu parking betul2 di depan kubur cina lama dan berjalan dalam 50m menuruni bukit untuk sampai ke gerai tu.

Tengok lah belakang kereta CikLin tu..kan kubur cina. View satu lagi tu pula dari meja makan yang CikLin pilih tu..hehehe kalau malam confirm agak seram.


 Ni pula rupa baksonya, CikLin pilih suun, baru lah bakso original kan..





So keseluruhan untuk bakso kubur cina ni CikLin  bagi rate seperti berikut:

Rasa : 8/10
View / keselesaan : 5/10
keseluruhan : ok boleh ulang datang bila tekak teringin makan bakso ori

So kepada sesiapa yang nak try rasa pergi lah..tapi jangan lupa datang sini balik untuk share pendapat ye..


ByE.
CikLin

Tuesday 5 May 2015

Pengalaman pertama untuk pregnancy check up di Columbia Asia Nusajaya

assalamualaikum..


Bersua kembali kite, lama kan Ciklin tak kesini. Sejak2 berkahwin dan berpindah ke Johor dan rezeki dapat kerja dan rezeki mengandung dalam masa yang sama membuatkan kehidupan seharian Ciklin agak kucar kacir.

Mana tidaknya, plan awal Ciklin adalah menjadi suri rumahtangga yang berjaya, tapi terlupa yang Ciklin pernah apply kerja masa di Shah Alam dulu lagi. So bila pindah je, ngam2 plak diorang offer kerja, nka ditolak rasa macam rugi pula so Ciklin pun terima tup..tup..dapat tahu Ciklin mangandung tu pun sbb Ciklin rasa susah nak tidur malam. ditambah dengan naluri keibuan gitew so Ciklin ambek keputusan nak beli pregnancy test dkt farmasi.Alhamdulillah resultnya 6weeks +

Bermula lah rutin seharian Ciklin sebagai seorang pekerja dan bakal ibu, disebabkan Ciklin kurang mengalami mabuk2,muntah2 dan sebagainya membuatkan Ciklin hampir terlupa yang Ciklin ni sedang berbadan dua. Hinggalah ke minggu ke 11 baru la Ciklin ada kesempatan nak mencari dan mengkaji klinik2 yang terbaik untuk checkup. Sayangnya semua klinik kerajaan check up hari berkerja. Last2 Ciklin dan en.suami ambek keputusan nak checkup di Columbia Asia (CA) je. Tu pun atas recommendation dari sedara2 yang mempunyai pengalaman dekat situ.


So untuk pemeriksaan pertama ni Ciklin berpuas hati. dkt CA ni ade 3 dokter yang bertanggungjawab iaitu dr.Rajesh, dr Teh dan dr.Rohaini and ofcoz en.suami suruh pilih dr.Rohaini.
So far, takde la mahal sgt, sama mcm kita buat pemeriksaan dekat klinik swasta yang lain. Hari tu Ciklin kena just dlm RM170++ termasuk 2 jenis ubat dan scan, harga yang sangat berbaloi untuk keselesaan yang memang diharapkan oleh semua




So far untuk 1st check up Ciklin sgt berpuas hati dan bersyukur sbb baby sehat, alhamdulillah dan dapat dr.Rohaini yang freindly.