Wednesday 28 January 2015

busy..tapi tak tahu nak mula dari mana

assalamualaikum

Benda yang paling ciklin tak suka adalah mengemas baju untuk pergi berjalan atau pun berkemas nak pindah. Susah hati weh.

Ciklin dari zaman duduk asrama lagi memang tak suka nak pack2 barang ni segala. Kalau kawan2 ciklin dekat asrama dulu akan pakat kumpul baju untuk dibawa balik kampung pada minggu boleh balik, ciklin pulak akan sedaya upaya memdobi sehabis yang boleh. Bukan sebab nak tunjuk rajin tapi sebab ciklin akan balik kampung dengan beg kecik je tanpa bawa bekalan baju, kat rumah kan dah ade.

So ni sekali lagi ciklin pening, sebab sepanjang ciklin dekat shah alam ni ciklin tak pernah pindah jauh2. Kali ni pindah kena merentasi 3 negeri dan sempadan negara..hahaha. So ciklin punye baju2 yang macam dah tak sesuai dipakai setelah bergelar puan isteri ni ciklin dah kumpul dan bagi dekat cleaner dkt opis.

so now ciklin dalam mood busy sebab ciklin tak tahu nak mula dari mana. nak pack baju rasa macam nak pakai lagi,if packing nnti nak pakai ape? nak masukkan barang2 lain nak letak mana pula?


So ciklin harap by next week ciklin dah boleh settlekan semua ni




Friday 23 January 2015

Jumaat yang sunyi

Assalamualaikum




Yess!! jumaat ni adalah jumaat yang sangat ciklin nanti nantikan..sebab ciklin nak balik kampung jumpe mak. Sorry incik suami kena keje so puan isteri balik kampung dulu ye...

Jumaat ciklin di opis hari ni sunyi sepi, sebab department ciklin dah pegi retreat ke penang. Best kan? tapi tu lah ciklin tak pegi sebab ciklin banyak urusan nak kena settle dekat sini sebelum ciklin bercuti panjang untuk majlis sebelah lelaki pula.

So kepada semua selamat berhujung minggu.




Thursday 22 January 2015

idea deco2 incik suami vs puan isteri

Assalamualaikum

ha..tajuk cam nak gaduh ngan laki ja kan, sebenarnya bukan gaduh pun...

Dulu masa belum ade incik suami, ape yang ciklin rasa cantik cik buat je, tapi skarang bila dah ade incik suami kena lah tanya pendapat.

Memandangkan ciklin bakal berpindah ke Larkin dan menetap dekat sana makanya haruslah fikirkan idea2 menarik untuk diguna pakai untuk rumah kami nanti tu. Tapi as usual dah nama pun suami isteri yang mana terdapat dua pengeluar pendapat disitu pasti lah akan ada dua pendapat yang berbeza.

Ciklin ni kuat berangan dok plan nak hias ruang tamu dengan cita rasa ciklin,yang incik suami pun ada idea dia sendiri. So tak tau lah idea sape yang akan mendominasikan keadaan...hehehehe rasa2 macam dah tau keputusan sape.

So untuk mengelakkan berlakunya perkembangan pendapat yang melampau, maka ciklin pun tanya lah mr.serba tahu kite iaitu mr.google (ehsan gambar dari mr.google)



 Memula ciklin sebut nak ruang tamu nanti tema warna mesti putih,hitam dan merah. Tapi incik suami macam tak bekenan. Tapi ciklin tgk gambar orang ni buat mcm cantik je. Ciklin ni tak suka warna merah tapi masalahnya barang2 ciklin kebanyakan warna merah, kereta merah,baju banyak merah ni pilih cat rumah pun still nak merah.

Pastu sebut lah warna2 lain mcm brown tapi hurm...hehehe so hope lepas incik suami baca entry ni dia nampak lah yang dua warna ni actually cantik






Tak sabar nak jumpa incik suami, so dapat lah bincang lebih sikit tentang idea nak deco2 ni...




Tuesday 20 January 2015

Masih dalam musim kawen2 eh?

assalamualaikum.

*siaran tertungak sebab semua orang busy nak update qu puteh...qu puteh...baru lah puteh so internet telah mengalami kemurungan yang melampau dan menyebabkan line jadi slow sgt


Acutually cerita pergi orang kawen ni weekend hari tu.
Sekarang majlis kawen dan tak kira musim kan? ciklin ingat lagi zaman ciklin memuda kat kampung dulu, kenduri kawen ni selalunya time cuti sekolah je.skarang bukan lah tua sangat tapi matang

Tapi bila masa bergerak seiringan kemajuan jadi nak buat kenduri ni bukan lah satu masalah lagi so sebab kalau dulu nak kenduri kena kumpulkan adik beradik dan orang2 kampung untuk berkumpul dan buat sama2 tapi sekarang pergi cari wedding planner je semua diorang settlekan.

Kalau dulu zaman mak2 kita kalau mengandung and mengidam nak makan nasi kenduri kena tunggu musim cuti dulu baru dapat skarang tunggu je hujung minggu confirm ade je kenduri kawen.

Ahad hari tu ciklin pegi dua kenduri kawen, satu roomate ciklin masa sem 1 dekat kampus dulu dan sorang lagi kawan lepak ciklin dulu2...zaman bujang2.




roomate merangkap teman makan,teman bergosip dan teman tidur.Sebelum ciklin masuk askar dan stay dekat kediaman pelatih si Azua ni lah peneman tika ciklin sepi...hehehe
alhamdulillah persahabatan kami masih kekel hingga ke hari ini walaupun masing2 dah ada kehidupan sendiri

Kepada Azua selamat pengantin baru doa ciklin agar ko berbahagia dengan syamel. 
Ciklin salute lah sebab si Azua ni dengan suami dia bercinta dari zaman sekolah lagi tau.




Kepada Ayip dan Kak Nazlin ciklin ucapkan selamat pengantin baru juga...jaga kak Nazlin elok2 ye ayip..

Bila tengok kawan2 buat majlis ni ciklin pun terasa penat. Ciklin punya majlis sebelah lelaki pun belum settle ni. Adeh malas sangat bila dah jarak dari kenduri sebelah ciklin dengan kenduri sebalah incik suami ni jauh sangat, dah takde rasa excited nak pakai baju pengantin pun



with luv,

pengantin baru yang dah tak berapa baru lagi.

Monday 19 January 2015

AJL 29 vs skype

assalamualaikum.

Hari ni rata2 orang bercerita tentang AJL 29.
Semua orang dok bercerita itu tak betul ini tak betul, baik dari segi pemilihan pemenang dan penaja. So bila ade yang tanya komen ciklin,ciklin just boleh bunyik krikk..krikk..krikk...hehehe
Bukan sebab tak minat kepada yang masuk bertanding atau yang menaja macam rata2 orang perkatakan..tapi ciklin ada misi yang lebih penting.....iaitu berdating dengan incik suami menggunakan skype

Semalam bila semua orang sibuk dok tengok AJL 29 ni, ciklin sedang stress dengan line skype yang dah jadi hampeh. Stress mak noks bila ko tengah nak berbual ngan incik suami gambar ko frezz dan kemudian putus2.

So hari ni, ciklin cover la balik ape yang tertinggal semalam..overall ciklin sangat kagum pada bakat penyanyi kurang upaya yang ft bersama mojo.

(gambar ehsan dari google)


Walaupun beliau merupakan golongan kurang upaya namun beliau mempunya bakat yang sungguh besar. Nyayian beliau berjaya membuat penonton terpukau.Yang lain2 pula ciklin tak tengok sgt.

So hope sgt yang malam ni line internet dah kembali seperti sedia kala. Orang nak dating tolong la memahami.


p/s ;  mulai hari ni nak kena berbual sebut ciklin baru nampak sopan gituh...

with luv
Ciklin

Friday 16 January 2015

Make up pengantin - Shah Alam &JB

Assalamualaikum.


Musim kawin dah pun berlalu, aku ni pun antara golongan yang baru melangsungkan perkahwinan di musim2 banjir ni..hehehe

Sepanjang busy memikirkan majlis sendiri sempat lah juga aku menconteng muka2 diorang yang inginkan sentuhan bylinhashim ni.


Make up untuk sanding - tuan diri minta mata garang








Make up Untuk event - tuan diri minta soft


kepada sesiapa yang ingin melangsungka perkahwinan tapi budget kecik, lets call aku...aku kasi harga kasih sayang

bylinhashim - 016 4472735

Thursday 15 January 2015

Butik pengantin De'Kasih penyelamat

assalamualaikum....

Tengok tajuk pun korang mesti tahu kan ape yang akan aku share hari ni...

Biasa lah orang baru kawen ni mesti lah share tentang perjalanan majlis dan sekitarnya..ni belum masuk honeymoon punya cerita lagi...so lets take a s a deep breath first and baca ni...mana tau boleh membantu anda2 yang bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa yang terdekat.

Okey, normally orang yang nak kawen ni dia excited sikit kan? semua nak buat sendir last2 tak terbuat. Lain pula cerita dengan aku, aku ni kan buat make up pengantin so if kawan2 punya majlis ni aku lah yang akan menjadi antara org yang paling sibuk. kalah mak pngantin gitu.

Tapi bila majlis aku, aku jadi lembab sikit. Aku jadi blank tak tahu nak mula kat mana dan dari mana. korang bayangkan aku mula booking everything adalah 2 bulan sebelum majlis. So korang jangan buat perangai macam aku if korang adalah seorang yang cerewet.

Aku kan keje di Shah Alam, incik suami dekat Singapore nak kawen dekat Alor Star...So ni kira macam cinta Utara-Selatan lah. Jadi memang agak sukar untuk aku melakukan persiapan bersama sebab jauh weh.

Kang kalo aku main pilih je dia tak berkenan pula. Nak suruh dia pilih kat sana aku pilih kat sini kang warna baju dah jadi macam pinjam pengantin lelaki org lain pula sbb warna tak sama. Nak balik Alor Star selalu pun kewangan macam semakin meruncing, itu yang jadi nanti lah tunggu pilih sama2 last2 baru sedar majlis makin dekat.

Akhirnya bila aku balik hantar borang tu lah baru aku berpeluang untuk pilih baju dan berbincang. Sebelum ni aku pernah gak admire dengan satu butik pengantin atas city plaza tu,Konon2nya nanti nak kawen memang nak ambek situ tapi bila hari aku pergi tu butik tu masyaallah sombong giler. Bila kita nak bincang dia boleh cakap semua tengok dekat FB, then aku cakap lah aku nak tanya pakage, skali lagi dia jawap tengok FB je. Abis camne lah nak maju, atau dia dah cukup maju tak tau lah kan.

Oleh sebab tak jadi kat kedai dia aku pun jalan le lagi dalam city plaza tu, last2 nampak satu butik ni. De'Kasih Collection, So aku pun masuk niat nak tgk je dulu sebab butik ni memang tak de dalam list langsung. Tapi bila ko dah masuk pekerja2 kat situ sangat2 lah friendly dan sangat membantu

So aku ni kang simple, so terus book date dan pilih baju. Untuk 3 pasang baju, hiasan pelamin, 2 kali make up dan 12 dulang hiasan hantaran kos dia tak sampai RM3k pun. Senang cerita actually kos tu no 2,tapi yang penting how they treat us as custemors. Sudahnya aku memang suka giler butik ni dan akan pastikan sedara2 dan rakan2 aku yang nak kawen nanti try ambek ngan diorang.
make up nikah dan baju nikah


make up majlis dan baju bersanding


Untuk keseluruhan dari 10 bintang aku bagi berbintang2 lah kat diorang ni...

ok so kepada yang merancang untuk memlih baju kawen tu sangat2 di nasihatkan untuk dapatkan kata sepakat dengan pasangan.

with love,
CikLin (hari tu pakai puan lin rasa cam tua plak..so i nak feeling2 muda balik lah)

Wednesday 14 January 2015

Prosedur nikah untuk gadis Kedah dengan jejaka Singapura.

Assalamualaikum...


Ok, meh aku nak share sikit dengan korang apa yang akan korang lalui sepanjang proses permohonan berkahwin.

Mula-mula fahami dulu situasi sebenar :

Gadis - Di lahirkan di Alor Star, Kedah. bekerja di Selangor dah hampir 5 tahun dan akan dinikahkan di alor star. setahu aku sebenarnya aku boleh je ambek borang dan selesaikan semuanya di Selangor tapi bernikah di Kedah. Tapi disebabkan kapasiti otak aku masa tu sangat2 merosot maka aku jadi tak faham.Oleh itu aku bersama incik suami tetap gigih mengusahakan semua borang di Alor Star.

Jejaka idaman - Di lahirkan di Singapura, bekerja di Singapura dan tinggal juga di Singapura. Tapi galak nak ngorat gadis kedah...hihihi. dan disini lah segala masalah akan bermula. Hal ini disebabkan oleh permintaan beberapa borang yang kadang2 nampak macam dah mengada2.

ok, lets kite mulakan dengan langkah2 yang korang kena sabar untuk lalui.........

1. Pasangan setuju untuk Bernikah

Yelah, if tak setuju macamana korang nak bernikah, kang dah jadi kes kawen tanpa rela pulak.

2. Kursus Kawen (untuk yang bernikah di Malaysia)

Korang kena menghadiri kursus pra-perkahwinan selama 2 hari. Korang boleh menghadiri mana2 je badan yang berdaftar dan bertauliah untuk menjalankan kursus. Yes! dua2 org kena pergi.

Macam kes aku, incik suami yang ketika itu incik tunang terpaksa datang Shah Alam untuk hadir khusus bersama aku. Actually aku dah ambek pun kursus tu masa zaman dekat kampus dulu...tapi disebabkan incik suami kena ambek kursus so aku suruh la dia dtg Shah Alam.

3. HIV Test

Korang berdua perlu jalani ujian darah untuk memastikan korang bebas dari HIV,Yes, again korang berdua! jangan banyak bunyi...nak nikah kan? Ujian darah ni hanya valid dilakukan di klinik kesihatan kerajaan yang terpilih je tau dengan bayaran RM 1 untuk warganegara dan RM15 untuk bukan warganegara.....kalau korang banyak duit skali pun korang tak dibenarkan untuk ambek di klinik swasta, duit tu simpan sebab banyak lagi yang korang kena belanja lepas ni.

Lelaki perlu sediakan segala maklumat berkaitan dan juga borang2.

Selagi pihak lelaki tak selesaikan segala maklumat dan borang, kita pihak pompuan ni memang tak boleh buat apa2.

antara maklumat yang diperlukan adalah

4. Salinan passport pengantin lelaki

5. Kebenaran berkahwin dari kedutaan

dalam kes ni incik suami aku ni bukan bekerja disini so dia masuk Malaysia pakai passport biasa iaitu pas lawatan sosial aje bukan visa untuk bekerja, makanya kebenaran untuk berkahwin dia dikeluarkan oleh Registry of Muslim Marriages (ROMM) di Singapura

Surat ni if tak silap valid 3 bulan je kot.

6. Surat pengesahan passport oleh KDN

yang ini menjadi sedikit salah faham bila aku ingat surat pengesahan passport ni akan dikeluarkan oleh pihak Imigresen. Tapi rupanya dikeluarkan oleh KDN.


Perempuan kumpulkan semua borang dan submit 

Bila pihak lelaki dah serahkan semua maklumat dan borang, pihak pompuan pun harus lah menyediakan segala borang yang diperlukan untuk dihantar ke Majlis Agama Islam daerah masing2

antara maklumat dan borang yang perlu disedia dan dilengkapkan ialah

7.  Salinan ic pengantin pompuan
8.  Salinan ic wali (bagi kes aku abg sulung aku adalah wali aku)
9.  Salinan ic 2 orang saksi 
10. Salinan sijil kahwin ibu bapa (untuk kes aku tak perlu sbb wali aku adalah abg aku)
11. Borang kuning yang di beri oleh pihak Majlis Agama
12. Borang wali untuk wali sain juga diberi oleh pihak Majlis Agama
13. Borang khariah untuk imam masjid sain juga dari majlis Agama Islam
14. Borang saksi untuk saksi sain juga Majlis agama yang bagi

Bila seua dah elok terkumpul dan lengkap diisi boleh lah dihantar sebulan sebelum...if hantar awal2 pun diorang tak terima.

So bila dah lengkap dan diterima diorang akan bagi masa seminggu untuk kite collect semua form tu balik dan diserahkan kepada imam yang akan dinikahkan tu.

Tapi ingat baik korang tanya sendiri dengan lebih jelas dengan majlis agama negeri korang sendiri sebab setiap negeri prosedur dia berlainan.

okeh, selamat bertabah mengharungi segala gelagat orang disepanjang korang mengumpul segala maklumat yang diperlukan...dan selamat pengantin baru in advance juga utk korang


with Love,
Pn. Lin

Saya dah selamat menjadi Puan

Salam...

Tanggal 26 Dec 2014 tepat jam 5.40 ptg aku dah selamat memegang gelaran Puan. Pada zahirnya mungkin nampak sama tapi segalanya telah berubah. Masih sibuk sebab aku still kena habiskan kerja sebelum aku ikut suami aku...

Setakat hari ini masih belum banyak yang berubah kerana aku dan mr.suami masih berjauhan, dia dia Singapore dan aku masih di Shah Alam.

Jom aku share gambar pada hari nikah dulu...

Ni lah big family aku...thanks sudi datang dari Singapore dan terima aku masuk dalam famili ni

 Ni pula keluarga aku dan mertua




















Lepas ni aku akan share tentang document yang diperlukan sekiranya kita org Malaysia nak bernikah dengan makluk org asing



With Love,

Pn.Lin