Dalam hubungan, kadang2 kesilapan-kesilapan kecil boleh menjadi sebesar-besarnya. Ini bukan bermaksud kita tidak lagi mempunyai persamaan atau persefahaman tapi pekara-pekara ni wujud kerana setiap pihak try so hard untuk buktikan mereka boleh lakukan yang terbaik untuk hubungan itu.
So, dekat sini ciklin ni nak la share pekara-pekara yang perlu di hindari dalam hubungan.
1. Bercinta kerana simpati / kasihan
Cinta perlu hadir dari hati, sekiranya kita mencintai pasangan kerana simpati insyaallah hubungan itu tidak akan kemana. Kamu tidak akan nampak seperti dewa/dewi bila sangup korbankan diri demi nak nampak baik bila kamu menerima pasangan kamu kerana simpati .
Cinta itu perlukan ketelusan,keikhlasan dan keselesaan bersama. bukan hanya dari satu pihak.
Kesan - yang bersimpati akan penat, dan yang disimpatikan tu pun akan penat,makanya hubungan tu akan berakhir macam tu je
Penyelesaian - Perlu tanya hati, sejauh mana rasa simpati tu. selesaikan sebelum terlambat
2. Tidak ingin kalahkan sidia
Ini satu lagi masalah yang bukan sahaja pasangan lain lalui, mungkin ciklin pun lalui secara langsung atau tidak langsung. Perasaan terlalui ingin menjaga hati pasangan atas alasan takut untuk kehilangan. Ingat, lebih baik hilang sekarang dari hilang bila kita dah libatkan banyak hati dan jiwa lain.
Kesan - kita akan berasa penat kerana akan timbul perasaan tidak dihargai, kononnya kita dah terlalu banyak mengalah tapi pasangan masih belum berubah.
Penyelesaian - jangan la mengalah mengkhinzir buta. Bawa berbincang. Tapi ingat!! bukan cari siapa salah tau, tapi cari dekat mana puncanya dan kalau keadaan masih tegang just tutup lah kes tu dulu nanti dah ada peluang blast lah balik...hihihi
3. Cemburu yang keterlaluan
Sikap cemburu ini memang wujud bila kita sayangkan seseorang dan rasa dia hanya milik kita, tapi diknon ooii jagan lah sampai orang tu nak bergerak sikit pun kamu dah fikir bukan2. Dalam hubungan kita kena jadi lebih matang dalam mengawal emosi dan perasaan.
Kesan - Pasangan akan merasakan dirinya tidak dipercayai dan rimas
Penyelesaian - kawal cemburu, selidik dan berbincang...ingat matlamat perhubungan adalah hidup bersama jadi haruslah berbincang dalam apa jua masalah pun
4. Buat perbandingan hubungan sekarang dan hubungan lepas
Setiap orang ada pengalaman lepas, tapi tak perlulah membandingkan atau menjadikan pengalaman lepas sebagai benteng untuk kita cipta kenangan dan pengalaman baru bersama pasanagan baru.
Kesan - Pasangan kita akan berasa kecik hati dan merasakan seperti tidak berguna
Penyelesaian - jangan lah membanding2, kan tak elok...bercinta yang baru so terima lah yang baru. jangan sesekali cakap dah biasa or dah lali or dah takde rasa...sian pasangan kita tau makan hati je
5. Kritikan secara berterus
Kritikan ni adalah musuh paling utama dalam hubungan so please jangan sesekali terus-terusan mengkritik tanpa melihat apa yang ada pada diri kita sendiri. Dalam hubungan kita bukan mencari kesempurnaan tapi kita membentuk kesempurnaan.
Kesan - pasangan akan hilang keyakinan diri dan merasakan diri useless.
Penyelesaian - bimbing lah pasangan anda dengan penuh sabar, ingat kebahagiaan itu lebih indah andai kita berusaha bersama2.
Cukup dulu dengan 5 point ni, kang banyak-banyak korangmuntah hijau pula, nanti2 ciklin share lagi info2 yang menarik ye..
ByE::
CikLin