Wednesday 18 December 2013

BR1M 2014 - akan dibuka

hi uollss....

Mesti ramai yang tertunggu-tunggu bila borang BR1M akan dibuka kan?

Ok jangan risau jangan gundah...borang BR1M akan dibuka pada 23 disember 2013 hingga 31 Januari 2014
Dan mengikut maklumat pembayaran akan dibuat pada Febuari 2014.

Kepada sesiapa yang inginkan maklumat lanjut boleh lah layari www.hasil.gov.my. dan juga untuk mengisi borang.

Aku harap sangat aku layak tahun ni..kalau tahun-tahun lepas aku tak memohon kerana bagi aku biar lah aku bagi peluang untuk golongan yang benar-benar layak dan memerlukan je...tapi tahun ni aku perlu memohon memandangkan aku tak terkecuali dalam menghadapi kencah kenaikan yang melampaui batas.

So kepada sesiapa yang layak untuk memohon silalah memohon..ini hak anda.

Selama memohon semua....

ByE..

Monday 16 December 2013

Jawapan kepada kulit kering

Hi uollss....

ada masalah kulit kering? dah pakai lotion but still macam tu?
aku ada jawapannya....

aku memang ada masalah ni dari aku kecik kot..hehehe
so dah banyak produk aku try but satu pun tak berkesan... atau kurang berkesan...
dan kadang2 tu buat kulit aku jadi merah2 dan gatal...

So 2 minggu lepas aku ada beli satu lotion from nivea..and alhamdulillah memang cepat berkesan dan sangat2 soft untuk kulit.
Lepas je dari tu aku terus jadi peminat setia nivea.

Then semalam aku ade beli rangkaian lotion and serum untuk kulit kering.


untuk intensive moisture tu dia tak berminyak macam sesetengah jenama yang khas untuk kulit kering. So i love it!

Serum tu pula agak oily but best pakai waktu malam..dia berfungsi untuk repair kerosakan kulit akibat kurang air.

So oullss semua boleh la try. Bagi sesiapa yang malas nak pakai lotion lepas mandi, xpe...Korang dah boleh pakai lotion semasa mandi.
ya...masa korang mandi tu....lepas je guna showergel korang apply an-shower instensive ni...pastu bilas dengan air....mmg kulit korang akan jadi soft sgt...tak jadi masalah lagi kalau korang lupa nak pakai lotion.

ni rupe in - shower intensive tu 



kalu nak tau lebih banyak maklumat korang boleh lah masuk sini http://www.nivea.com.my/
pilih lah lotion dan penjagaan diri yang sesuai dengan kulit korang ye....

ByE....

Thursday 12 December 2013

Food Hunt ~ Penang ~ Bukit Bendera

salam all,

Minggu lepas aku terlibat dengan event Food Hunt dekat Penang oleh Bank Pembangunan. Memang best sebab peserta diminta makan disetiap check point. ada 6 check point antaranya makan nasi kandar, mee fatah, nasi dalca, makan jeruk buah, pasemboq, and cendol.

So aku marshall yang bertugas atas bukit bendera. ni 2nd time aku naik bukit bendera. Dulu kalau nak naik bukit bendera tunggu untuk naik train dia punya la lama..but now dengan teknologi train baru perjalanan naik ke atas hanya ambek masa kira-kira 5-7 minit.

Bagi yang tak pernah tengok train lama..ini lah rupanya



Manakala train baru pula berwajah bergini



Dekat atas anda berpeluang melihat pemandangan yang cantik tu pun kalau hari cerah dan tak hujan.



selain pemandangan yang cantik, anda juga berpeluang untuk menikmati kacang putih yang sedap...uncle yang berniga kat atas ni adalah 3rd generation, kacang putih diorang mmg sangat terkenal bg pengujung bukit bendera.




tgk lah macam mana orang beratur nk beli kacang putih dia...yang atas tu adalah speacial mix dari uncle tu..memang sedap...nama dia adalah Banila..kalo xsilap aku lah..lupe plak nama dia tu...memang terbaik..
ni sambil2 aku jaga check point kat situ aku layankan lah pemandangan sekitar






So kepada yang nak ke penang terutamanya nak naik bukit bendera..sila kan.. lawatilah tempat2 menarik yang ada di Malaysia...Selamat bercuti semua

ByE...


Tuesday 10 December 2013

Melaka ~ Coconut Shake terbaik

Hi All,


Melaka ni memang terkenal dengan jolokan bandaraya bersejarah kan? selain dari tu melaka juga femes dengan coconut shake dia dan asam pedas...so ape lagi aku pun checkitout lah dengan BFF aku....

Sape pernah minum coconut shake yang femes amess dekat klebang Melaka tu agkat tangan!
mesti ramai kan?
and aku baru je berpeluang  merasa coconut shake yang femes tu....
memang sedap dan sangat creamy..tak macam yang aku selalu beli dekat pasar malam...

ape nak tau camne ghupernye? ni ha ghupernye


Sehari dimelaka tu memang aku makan sesungguhnya...lepas coconut shake susuli dengan asam pedas power then bantai durian...malam tu kitorang lepak dekat jongker street and Hard Rock

So cerita panjang pun mesti korang boring...ape yang yang aku boleh cakap Melaka sesuai untuk korang pergi berjalan dan berehat dari sedut asap dekat kota raya ni...
Sebab dekat Melaka ni korang boleh lakukan banyak aktivi antaranya mnyusuri sungai melaka menaiki cruise, menaiki monorail dan bagi pengemar ikan bakar boleh lah ke umbai untuk menikmati ikan bakar yang segar.

Pendek kata aku happy sepanjang berjalan disana..panjang2 sembang pun bukan best so jom layan gambar2 aku dan teman2...





byE...byE jumpa lagi.....